sudilah kiranya sign dalam Guestbook saya..

Isnin, 23 Mac 2009

Selamat Hari Jadi Mohd.Firdaus bin Jamaluddin yang ke 22.

Abang Jamaluddin bersama abang Zaidi segak posing...


Firdaus bersama temannya turut sama meraikan majlis tersebut



adik Iman, bersama ibu dan ayahnya ( kakak Firdaus dan abang ipar)




sempat menyuapkan kek kepada teman wanitanya




Mohd. Firdaus memotong kek



kek hari jadi ..


Hari ini tanggal 23 hb Mac 2009, Firdaus, anak jiran sebelah rumah saya, di Taman Dato' Lela Maharaja, Rembau, Negeri Sembilan menyambut hari lahirnya yang ke 22. Terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi menjemput saya sekeluarga untuk meraikan sambutan, hari lahir yang pada saya cukup bermakna walaupun dijalankan secara sederhana..Bersama ini saya sertakan serba sedikit catatan yang dapat saya "snapp" semasa majlis tersebut. Saya sekeluarga mengucapkan selamat menyambut hari lahir yang ke 22 buat Mohd Firdaus, semoga panjang umur dan dimurahi rezeki, sentiasa berada dalam rahmat Allah swt selalu hendaknya..amin.. juga terima kasih kepada abg Jamaluddin dan isteri, Kak Nuri..( ayah dan ibu Mohd.Firdaus..)


Selamat panjang umur, dimurahi rezeki ..insyallah..



Khamis, 19 Mac 2009

Saloma: BIDUANITA NEGARA PALING ULUNG..

Saloma dan suami tercinta: P.Ramlee



Saloma satu nama besar dalam bidang seni suara tanah air. Lebih daripada itu, pengiktirafan sebagai Biduanita Negara yang diberikan kepadanya sehingga kini belum dapat dicabar oleh mana-mana penyanyi.

Walaupun Saloma telah lama meninggalkan kita pada 25hb April 1983 dalam usia 48 tahun kerana penyakit kuning, namun suaranya tetap segar dan lagu-lagu nyanyian beliau tetap segar dan semua lagu-lagunya menjadi evergreen yang tidak pernah luput dari persada seni suara tanah air.

Jika Saloma masih hidup pasti beliau akan bersetuju bahawa lagu " Air Mata Di Kuala Lumpur" adalah lagu yang paling bererti dalam hidupnya. Ini adalah kerana kerana lagu itulah ciptaan P.Ramlee sebelum P.Ramlee meninggal dunia pada tahun 1973. Malah judul lagu itulah yang diimpikan P.Ramlee untuk dijadikan judul Filem yang akan diarahkannya. Namun apakan daya, hajat P.Ramlee tidak kesampaian kerana dijemput ilahi sebelum beliau sempat mengarahkan filem tersebut.

Kalau diamati betul-betul lagu "Air Mata Di Kuala Lumpur" itu dapat didengari esak dan tangis dan sebak Saloma ketika beliau merakamkan lagu itu. Jelaslah lagu yang dinyanyikan oleh Saloma beberapa tahun sebelum beliau meninggal dunia itu sebenarnya menceritakan duka hatinya setelah pemergian P.Ramlee, suami tercinta.

Menyingkap sejarah hidup saloma, semasa hayatnya dapat disimpulkan beliau sebenarnya anak seni sejati kerana mengabadikan dirinya semata-mata hanya untuk seni.

Saloma dilahirkan di Pasir Panjang, Singapura pada 22hb Januari 1935, ayahnya Ismail seorang pemandu teksi sementara ibunya Umi Kalsom Mahban hanya seorang suri rumahtangga, kakaknya Mariani ( nama sebenarnya Mariam) yang terlibat dalam bidang seni sebagai bintang filem.

Bakat Saloma telah berputik ketika beliau berusia 13 tahun lagi, waktu itu beliau masih bersekolah di Sekolah Melayu Kampung Gelam, Singapura. Saloma mula mengasah bakat seninya apabila berpeluang membuat persembahan bersama Kumpulan 'The Singapore Boy" di New World Cabret, nyanyian pertama beliau ialah " Seven Lovely Days".

Pada tahun 1954, dalam usia 19 tahun, Saloma ditawarkan merakamkan lagu dengan syarikat piring hitam HMV dengan lagu " Pandang Kasih" ciptaan En.Rahmat Ali telah menjulang nama saloma ke mercu kejayaan.

Beberapa Perkara Tentang Saloma yang jarang diketahui umum;-




  1. " orang tengok kita riang di atas pentas tapi.... hati ini, merana teringatkan P.Ramlee, my "loving husband". Suara hati Saloma kepada Datin Rafeah Buang pada tahun 1970-an mengenai arwah P.Ramlee.

  2. Merupakan penyanyi pertama dijemput ke Australia pada tahun 1959 untuk mengambil bahagian dalam pertunjukan TV " In Australia Tonight".

  3. " Yam, aku dah tak seronok lagi nak menyanyi kera dia telah tiada. nanti kalau aku meninggal, kebumikan aku di sebelah Ramlee ya.." kata-kata Saloma kepada kakaknya Mariani, beberapa tahun selepas kematian P.Ramlee.

  4. Sepanjang penglibatan dirinya dalam bidang seni, Saloma telah merakamkan lebih daripada 500 buah lagu meliputi semua lagu seperti irama Cha-cha, twist, jazz, serta lagu asli.

Rabu, 18 Mac 2009

Penjara Pudu: Penjara Paling Ramai Menggantung Manusia..



Setakat tempoh 36 tahun ( 1960-1996), ia telah meragut seramai 180 nyawa manusia yang melakukan pelbagai kesalahan jenayah berat. Ini belum dikira dari semenjak Penjara Pudu pada tahun 1895, di mana beribu-ribu dipercayai mati di tali gantung kerana melakukan pelbagai kesalahan berat seperti membunuh, menculik dan mengedar dadah.


Dalam zaman Jepun dipercayai ramai tahanan-tahanan perang yang dijatuhkan hukuman di sini termasuklah orang-orang Cina yang menjadi tahanan perang. Kegerunannya dirasaikan oleh sesiapapun apabila ianya disebut-sebut dan diceritakan.


Begitulah badi yang ditinggalkan oleh bilik maut Penjara Pudu. Kalau hendak disingkap peristiwa yang terakam di dalam Penjara ini memang sangat banyak. Antaranya:-



  1. Kejadian Doktor Radzi bin Jaffar yang dijadikan tebusan pada 16hb Oktober 1986 adalah yang paling bersejarah. Punca kejadian, di klinik penjara apabila sekumpulan banduan yang diketuai oleh Jimmy Chua telah menahan dan menjadikan dua pegawai perubatan dari Hospital Besar yang membuat pemeriksaan sebagai tebusan. Bagaimanapun, kejadian yang menggemparkan negara malah di seluruh dunia itu berakhir pada pukul 5.40 pagi pada 22hb Oktober 1986, apabila Unit Tindakan Khas (UTK) yang diketuai oleh Datuk Zaman Khan menyerbu dan menyelamatkan tebusan tanpa pertumpahan darah

  2. Sementara itu 2 rakyat Australia, Brain Geoffrey Chamber, 28 tahun dan Kevin Barlow, 27 tahun, menjadi rakyat asing pertama dihukum gantung di penjara ini, iaitu pada subuh o7hb Julai 1986 kerana mengedar dadah di Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pulau Pinang dalam tahun 1983.

  3. Wong Swee Chin ( Botak Chin) merupakan pejenayah yang paling terkenal yang dihukum gantung di Penjara Pudu kerana kesalahan senjata api. Kes perbicaraan Botak Chin menarik perhatian ramai kerana beliau ( Botak Chin) dikatakan merompak dari orang kaya untuk dibahagi-bahagikan kepada rakyat yang miskin, ala- Robin Hood.

  4. Hau Tsui Ling, 30 tahun seorang pelayan kelab malam rakyat Hong Kong, menjadi wanita asing pertama dihukum gantung di Penjara Kajang kerana kesalahan mengedar dadah bersama 7 orang lelaki Hong Kong di Lapangan Terbang Bayan Lepas dalam tahun 1983. Belau digantung pada tahun 1989.

Menjadi hukum karma, setiap perbuatan yang baik pasti akan dibalas dengan baik, begitulah sebaliknya, Tulisan saya ini sekadar untuk perkongsian makumat sahaja, tidak lebih daripada itu..

Selasa, 17 Mac 2009

Peritnya .............


Alhamdulillah..berkat ketabahan, pahit jerih, sekarang berada di tahun akhir pengajian, sambil study , ada masa tu tinggalkan coretan dalam blog saya, tarikh 7hb April dan 09hb April terpaksa hadapi exam lagi ni..


Petang tadi kwn aku call, besok dia ingin membawa aku berjumpa dengan pensyarah untuk berbincang tentang tesis.. baru nak fikir tentang exam..kena fikir tentang tesis pulak dah.. macm ni peritnya study.....!


Ahad, 15 Mac 2009

Selamat Pengantin Baru Cikgu Khairul Haimi-



sempena cuti sekolah ni, ramai kawan-kawan yang naik pelamin, kepada kawan-kawan yang naik pelamin hari ni, 15/3/2009, Cikgu Khairul Haimi dan pasangannya di Kampung Sungai Layang Rembau, selamat pengantin baru diucapkan, semoga ikatan suci yang terpatri kekal selama-lamanya.. dengan ucapan, " semoga cepat dapat anak.....


Jumaat, 13 Mac 2009

terasa nak pulang ke kampung laaa...


dalam saat begini, masa cuti-cuti sekolah ni, terasa pula ingin pulang ke kampung..itu pun kalau sempat, dan dapat bereskan segala kerja2 dan kelas tambahan ganti yang sebelum ni tak dapat masuk mengajar sebab melakukan tugasan di luar sekolah...


Khamis, 12 Mac 2009

Majlis MSSM NS DI STADIUM TUANKU ABD.RAHMAN PAROI..

sebelum acara dimulakan


menunggu arahan untuk acara dimulakan

Pasukan Rembau mendapat emas dalam acara lompat tinggi


Banyak sangat apa yang perlu diuruskan.. bermula dari Isnin - 10hb Mac-13hbMac Kejohanan Sukan MSSM Peringkat Negeri, di Stadium Tuanku Abd.Rahman, Paroi, walau pun sibuk, semalam, perlu hadiri Mesyuarat Pertandingan Bahas dan Pertandingan Pidato Piala Diraja, Esok pula, mesyuarat AJK PIBG..pendek kata minggu ni tak masuk kelas kerana melakukan tugasan rasmi di luar..
Tahniah buat Pasukan Rembau kerana setakat hari ini (hari ketiga) sudah mendapat 6 pingat emas, 3 perak dan 1 gangsa.

Tu yg tak sempat nak update blog...