Mohd. Firdaus memotong kek
Isnin, 23 Mac 2009
Selamat Hari Jadi Mohd.Firdaus bin Jamaluddin yang ke 22.
Mohd. Firdaus memotong kek
Khamis, 19 Mac 2009
Saloma: BIDUANITA NEGARA PALING ULUNG..
Saloma satu nama besar dalam bidang seni suara tanah air. Lebih daripada itu, pengiktirafan sebagai Biduanita Negara yang diberikan kepadanya sehingga kini belum dapat dicabar oleh mana-mana penyanyi.
Walaupun Saloma telah lama meninggalkan kita pada 25hb April 1983 dalam usia 48 tahun kerana penyakit kuning, namun suaranya tetap segar dan lagu-lagu nyanyian beliau tetap segar dan semua lagu-lagunya menjadi evergreen yang tidak pernah luput dari persada seni suara tanah air.
Jika Saloma masih hidup pasti beliau akan bersetuju bahawa lagu " Air Mata Di Kuala Lumpur" adalah lagu yang paling bererti dalam hidupnya. Ini adalah kerana kerana lagu itulah ciptaan P.Ramlee sebelum P.Ramlee meninggal dunia pada tahun 1973. Malah judul lagu itulah yang diimpikan P.Ramlee untuk dijadikan judul Filem yang akan diarahkannya. Namun apakan daya, hajat P.Ramlee tidak kesampaian kerana dijemput ilahi sebelum beliau sempat mengarahkan filem tersebut.
Kalau diamati betul-betul lagu "Air Mata Di Kuala Lumpur" itu dapat didengari esak dan tangis dan sebak Saloma ketika beliau merakamkan lagu itu. Jelaslah lagu yang dinyanyikan oleh Saloma beberapa tahun sebelum beliau meninggal dunia itu sebenarnya menceritakan duka hatinya setelah pemergian P.Ramlee, suami tercinta.
Menyingkap sejarah hidup saloma, semasa hayatnya dapat disimpulkan beliau sebenarnya anak seni sejati kerana mengabadikan dirinya semata-mata hanya untuk seni.
Saloma dilahirkan di Pasir Panjang, Singapura pada 22hb Januari 1935, ayahnya Ismail seorang pemandu teksi sementara ibunya Umi Kalsom Mahban hanya seorang suri rumahtangga, kakaknya Mariani ( nama sebenarnya Mariam) yang terlibat dalam bidang seni sebagai bintang filem.
Bakat Saloma telah berputik ketika beliau berusia 13 tahun lagi, waktu itu beliau masih bersekolah di Sekolah Melayu Kampung Gelam, Singapura. Saloma mula mengasah bakat seninya apabila berpeluang membuat persembahan bersama Kumpulan 'The Singapore Boy" di New World Cabret, nyanyian pertama beliau ialah " Seven Lovely Days".
Pada tahun 1954, dalam usia 19 tahun, Saloma ditawarkan merakamkan lagu dengan syarikat piring hitam HMV dengan lagu " Pandang Kasih" ciptaan En.Rahmat Ali telah menjulang nama saloma ke mercu kejayaan.
Beberapa Perkara Tentang Saloma yang jarang diketahui umum;-
- " orang tengok kita riang di atas pentas tapi.... hati ini, merana teringatkan P.Ramlee, my "loving husband". Suara hati Saloma kepada Datin Rafeah Buang pada tahun 1970-an mengenai arwah P.Ramlee.
- Merupakan penyanyi pertama dijemput ke Australia pada tahun 1959 untuk mengambil bahagian dalam pertunjukan TV " In Australia Tonight".
- " Yam, aku dah tak seronok lagi nak menyanyi kera dia telah tiada. nanti kalau aku meninggal, kebumikan aku di sebelah Ramlee ya.." kata-kata Saloma kepada kakaknya Mariani, beberapa tahun selepas kematian P.Ramlee.
- Sepanjang penglibatan dirinya dalam bidang seni, Saloma telah merakamkan lebih daripada 500 buah lagu meliputi semua lagu seperti irama Cha-cha, twist, jazz, serta lagu asli.
Rabu, 18 Mac 2009
Penjara Pudu: Penjara Paling Ramai Menggantung Manusia..
- Kejadian Doktor Radzi bin Jaffar yang dijadikan tebusan pada 16hb Oktober 1986 adalah yang paling bersejarah. Punca kejadian, di klinik penjara apabila sekumpulan banduan yang diketuai oleh Jimmy Chua telah menahan dan menjadikan dua pegawai perubatan dari Hospital Besar yang membuat pemeriksaan sebagai tebusan. Bagaimanapun, kejadian yang menggemparkan negara malah di seluruh dunia itu berakhir pada pukul 5.40 pagi pada 22hb Oktober 1986, apabila Unit Tindakan Khas (UTK) yang diketuai oleh Datuk Zaman Khan menyerbu dan menyelamatkan tebusan tanpa pertumpahan darah
- Sementara itu 2 rakyat Australia, Brain Geoffrey Chamber, 28 tahun dan Kevin Barlow, 27 tahun, menjadi rakyat asing pertama dihukum gantung di penjara ini, iaitu pada subuh o7hb Julai 1986 kerana mengedar dadah di Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pulau Pinang dalam tahun 1983.
- Wong Swee Chin ( Botak Chin) merupakan pejenayah yang paling terkenal yang dihukum gantung di Penjara Pudu kerana kesalahan senjata api. Kes perbicaraan Botak Chin menarik perhatian ramai kerana beliau ( Botak Chin) dikatakan merompak dari orang kaya untuk dibahagi-bahagikan kepada rakyat yang miskin, ala- Robin Hood.
- Hau Tsui Ling, 30 tahun seorang pelayan kelab malam rakyat Hong Kong, menjadi wanita asing pertama dihukum gantung di Penjara Kajang kerana kesalahan mengedar dadah bersama 7 orang lelaki Hong Kong di Lapangan Terbang Bayan Lepas dalam tahun 1983. Belau digantung pada tahun 1989.
Menjadi hukum karma, setiap perbuatan yang baik pasti akan dibalas dengan baik, begitulah sebaliknya, Tulisan saya ini sekadar untuk perkongsian makumat sahaja, tidak lebih daripada itu..
Selasa, 17 Mac 2009
Peritnya .............
Ahad, 15 Mac 2009
Selamat Pengantin Baru Cikgu Khairul Haimi-
Jumaat, 13 Mac 2009
terasa nak pulang ke kampung laaa...
Khamis, 12 Mac 2009
Majlis MSSM NS DI STADIUM TUANKU ABD.RAHMAN PAROI..
Selasa, 10 Mac 2009
Bayi perempuan mati dipercayai dicampak ke tilam
Beliau berkata berdasarkan pemeriksaan doktor terdapat beberapa kesan lebam dan cedera di bahagian muka bayi itu, antaranya kesan lebam dipercayai akibat dicubit di kedua-dua belah pipi, kesan calar di telinga dan lebam di dahi.
Sehubungan itu, katanya, polis menahan reman bapa bayi itu selama enam hari mulai hari ini untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata hasil ujian air kencing yang dijalankan polis, lelaki itu didapati positif dadah jenis heroin. — Bernama
Isnin, 9 Mac 2009
hujan syukur
Salam Maulidur Rasul 1430H
~ Bahawasanya tidaklah Rasulullah saw tertawa kecuali dengan senyum dan apabila kamu memandangnya maka kamu akan menyangka bahawa baginda memakai celak pada kedua matanya, padahal baginda tidak memakai celak. (Tirmizi. Hasan)
"Tidak pernah aku melihat Rasulullah tertawa terbahak-bahak sehingga kelihatan batas kerongkongnya. Akan tetapi tertawa baginda adalah dengan tersenyum". (Bukhari)
~ Dari Jabir bin Samurah ra, dia berkata:
"Aku pernah melihat Rasulullah saw pada malam bulan purnama. Aku memandang baginda sambil memandang bulan. Baginda mengenakan pakaian merah. Maka menurutku, baginda lebih indah daripada bulan." (Tirmizi, dia berkata: Hadis hasan gharib. Dan disahihkan oleh al-Hakim serta disetujui oleh az-Zahabi)
Ahad, 8 Mac 2009
assignment.................!!
Terima kasih YB Zaiful Bhari B.Idris: Adun Chembong
camping: murid menangis rindukan ibu
Sabtu, 7 Mac 2009
so busy..
Jumaat, 6 Mac 2009
camping ketua sekawan/ketua patrol.
Khamis, 5 Mac 2009
Rabu, 4 Mac 2009
Duit........
Bila bangun pagi...nak gi kerja.. anak tanya.." ayah, duit..cikgu nak duit bayar yuran.."Bila nak start kete pulak..tengok meter minyak.." alamak.., lupa lak nak isi minyak.."duit lagi."balik rumah ..baru nak matikan engin kete.. member pulak telefon.." nak pinjam duit.." katanya.. kecemasan..anak sakit katanya..kesian punya pasal..bagilah.. Petang gi jalan Terminal 1, nak masuk tandas guna duit lagi.. dunia sekarang dunia duit..tanpa duit..jangan harap org nak pandang kita..( betul ke falsafah ni..? )
Selasa, 3 Mac 2009
Wanita Inggeris Pertama Menjadi Permaisuri Johor
Walaupun begitu, tidak banyak yang diketahui kecuali penemuan beberapa buah foto sewaktu dia masih bekerja di Glasgow dan ketika dia menjadi Sultanah Johor. Penyelidikan selanjutnya mendapati bahawa dia meninggal dunia pada 13 Ogos 1977 ketika berusia 88 tahun di sebuah rumah jagaan (nursing home) di Surrey.
Isnin, 2 Mac 2009
Banjir Paling Buruk Dalam Sejarah Negara
1. Beratus-ratus kereta dan lori tersadai selama 3 hari apabila jambatan dekat Maran runtuh.Feri terpaksa digunakan untuk membawa kenderaan tersebut menyeberangi sungai.
2. Sultan Abu Bakar (Sultan Pahang) hampir mati lemas apabila bot yang baginda bersama rombongannya untuk meninjau keadaan banjir telah dinaiki air di Sungai Pahang dekat daerah Pekan. Bagaimanapun Baginda dan rombongannya terselamat apabila dua buah bot nelayan muncul dan memberi bantuan. Speed bot baginda yang berharga RM 60,000 itu karam pada pukul 10.30 pagi.
3. Hamzah bin Haji Salleh ( berusia 23 tahun) dari Kampung Pasir Baru, Petaling Bahagia, muncul sebagai "hero banjir" kerana berjaya menyelamatkan 20 orang yang terperangkap dalam banjir besar ini.Walaupun peristiwa ini telah lama berlalu, namun peristiwa ini tetap terpahat dalam lipatan sejarah sebagai banjir paling besar yang melanda negara kita..
Ahad, 1 Mac 2009
Mat Kilau: Kemunculan Paling Menggemparkan Negara
Peristiwa yang amat mengejutkan ini berlaku selepas sembahyang Jumaat, 26hb Disember 1969, di mimbar Masjid Tua Pulau Tawar, dekat Jerantut kira-kira pukul 2.00 petang. Mat Kilau yang dipimpin oleh beberapa orang lelaki berdiri di atas mimbar dan membuatkan pengakuan " Bahawa sayalah Mat Kilau, anak Datuk Gajah Orang Besar Pulau Tawar".
Pengisytiharan ini disambut bagikan halilintar memecah bumi, sangat mengejutkan!. Barangkali terkejut dengan pendedahan luarbiasa ini ada jemaah yang hadir tergamam, bercampur gembira. Ramai yang menitiskan air mata. Mat Kilau di diserbu, dipeluk dan dicium tangannya dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran.
Berita di Masjid Tua Pulau Tawar itu bagaikan kliat memancar sampai ke pengetahuan rakyat Pahang dan keseluruh pelusuk tanah air dalam masa yang singkat sahaja. Sultan Pahang yang bertaktha di Istana Pekan, Sultan Abu Bakar Riayatuddin ( 1932-1975), segera memanggil Menteri Besar Pahang, Tan Sri Haji Yahya Muhammad Seh, supaya menjalankan siasatan.
Dengan sekelip mata, Pulau Tawar sebuah pekan kecil dalam daerah Jerantut muncul di peta dunia. Pemberita dan jurugambar dalam dan luar negara datang untuk mendapatkan berita lanjut berkaitan kemunculan Mat Kilau, pahlawan terbilang Pahang ini. Orang ramai dari pelusuk tanahair datang untuk melihat sendiri batang tubuh lelaki tua yang mengaku Mat Kilau ini.
Jawatankuasa Menyiasat kemunculan Mat Kilau telah ditubuhkan, atas perintah Sultan Pahang pada 08hb Januari 1970 dan dipengerusikan oleh Exco Kemajuan Negeri Pahang, Datuk Haji Abdul Aziz Ahmad. Jawatankuasa itu mengambil masa 7 bulan menjalankan pelbagai kajian, penelitian dan pelbagai penyiasatan meliputi segala aspek termasuk bertemu dengan orang tua yang masih hidup dan dipercayai sezaman dengan Pahlawan Pahang itu.
7 bulan kemudian, iaitu pada 06hb hb Ogos 1970, Jawatankuasa yang diketuai oleh oleh Menteri Besar Pahang ketika itu telah mengisytiharkan bahawa lelaki tua yang muncul di Masjid Pulau Tawar itu adalah benar-benar Mat Kilau, anak Imam Perang Gajah Pahang, Rasu bin Syarhum, Pahlawan Pahang terbilang menentang Inggeris di penghujung ke-19.
Buntut Embum yang terdapat di celah jari kaki kanannya tanda yang dapat dikenali oleh rakan-rakan lamanya sewaktu muda di Pulau Tawar, mengesahkan lagi bahawa itulah Mat Kilau, anak muda Pahang, anak Pembesar Pulau Tawar yang sanggup membuang masa mudanya dan meninggalkan ibu serta kampung halamanya menyahut seruan tanahair menentang campurtangan Inggeris di Pahang.
Bukti-bukti lain yang mengesahkan diri Mat Kilau ialah beliau dapat mengingat nama bapa, ibu adik beradik serta asal kampung halamannya dengan tepat. Diyakinkan lagi akan fizikalnya yang sederhana tinggi dan berkulit putih.
Mat Kilau dikhabarkan kebal. Beliau tidak lut senjata. Sebab itualh sewaktu pasukan Inggeris yang dipimpin oleh E. Wise, menyerang Budu, dekat Jerantut pada tahun 1891, Mat Kilau dapat menyelamatkan diri tanpa mengalami apa-apa kecederaan, biarpun baju yang dipakainya koyak rabak kesan tembakan berpuluh-puluh das mengenai dada Mat Kilau.
Di kalangan kawan-kawan lama yang mengenalinya di Pulau Tawar pada tahun 1880-an, Mat Kilau diakui memang seorang pemuda yang baik rupa parasnya. Selain itu, tahi lalat sebesar ibu jari di pipi kanannya, kesan tembakan peluru dan senjata tajam di perut membuktikan tidak ragu-ragu lagi beliaulah anak sulung Datuk Gajah dengan Teh Mehada binti Tok Kaut, yang dilahirkan di Kampung Kedondong, Pualu Tawar pada tahun 1866 (atau 1867) sewaktu bapanya Imam Rasu menjadi Penghulu di Pulau Tawar.