sudilah kiranya sign dalam Guestbook saya..

Khamis, 26 Februari 2009

Hari Ketiga Sukan: Pulang Hampa

sabar menunggu acara dimulakan


Harapan sekolah


pelari paling pantas tapi terjatuh sebelum penamat acara

Hari ini, hari ketiga sukan, jalan menggenggam pingat sudah terbuka luas, namun dua athlet terjatuh semasa menuju ke garisan penamat dalam acara 200m P10 dan 200m L10 menghancurkan harapan menggunung tinggi pihak sekolah.. "Apa nak buek aann.. tak do joki..."


Rabu, 25 Februari 2009

Hari Kedua Sukan: Dapat Pingat Perak

Cikgu Nur Sarah, Cikgu Asmi dan Cikgu Husin ( jurulatih )


Sedang menunggu giliran untuk acara 4x100m P10


Menunggu Giliran 4x100m L10


Semua peserta berkumpul di padang


Hari ini 25 hb Feb 2009- sekolah saya mencatat satu pingat perak dalam acara 80m Lari Berpagar P10. Tahniah buat adik Zaza Ruzaini bt. Zawawee yang berjaya mendapat pingat perak.. Pada petang ini..kalau ada rezeki, 4x100m L12, berkemungkinan besar dapat lagi pingat-


Selasa, 24 Februari 2009

Hari Ini Sukan MSSM Daerah

beratur di khemah panggilan untuk acara 80m P12 berpagar



sedang menunggu acara dimulakan


semoga mencatat kejayaan


barisan murid yg mengambil bahagian


Hari ini, 24hb Feb 2009- 27hb Feb 2009 bermula Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Daerah Rembau (MSSMDR) yang diadakan di Sekolah Men.Kebangsaan Dato' Abdullah Astana Raja, Rembau. Nampaknya pada hari pertama kejohanan, nampaknya kurang memberangsangkan.. mudah-mudahan esok akan lebih mencatat kejayaan..insya-Allah..!

Isnin, 23 Februari 2009

Mengapa Perempuan Cemburu..??

keratan akhbar tentang cemburu



lukisan


KEBANYAKAN lelaki tidak faham apa sebenarnya yang diinginkan wanita cemburu. Walau apapun yang dilakukan, isteri yang cemburu tetap cemburu. Cemburu sebenarnya manifestasi hilangnya rasa selamat di hati si pencemburu. Hilangnya rasa selamat bukan hanya menimbulkan cemburu tetapi juga menghilangkan rasa kepuasan.

Menurut pakar psikologi perhubungan, bagi seseorang wanita, apabila berkahwin dia mendapat kepuasan daripada dua sumber. Sumber pertama adalah tingkah laku suami atau layanan suami kepadanya. Setiap kali suaminya melayan dia dengan cara positif, maka wanita berasa sangat puas. Sebagai contoh, perbuatan membantu isteri membasuh pinggan lepas makan adalah tingkah laku positif. Sumber kepuasan kedua datang daripada makna yang diberikannya terhadap tingkah laku suaminya. Perbuatan lelaki yang diberi makna dan nilai tinggi oleh wanita mencipta rasa kepuasan yang tinggi kepada wanita.
Perkara yang dilakukan suami diberi makna dan nilai oleh isterinya. Apabila perkara itu diberi nilai tinggi, setiap kali si suami melakukan perkara itu ke atas diri si isteri, maka si isteri mengecapi rasa kepuasan yang sangat tinggi. Tetapi bagaimana wanita memberikan nilai tinggi atau rendah ke atas perbuatan dan tingkah laku suami? Berikut adalah kriteria digunakan oleh wanita untuk memberikan nilai tinggi atau rendah ke atas setiap tingkah laku suami



  1. Bercakap dan berbual mesra dalam tempoh lama

Ramai lelaki menyangka mereka boleh melakukan perbuatan ini dengan wanita yang menjadi rakan rapat mereka dan lelaki menganggap perbuatan itu tidak patut menimbulkan rasa curiga di hati isteri mereka. Tetapi bagi wanita, perbuatan ini hanya boleh dilakukan oleh lelaki dengan isterinya, tidak dengan wanita lain. Itulah sebabnya wanita berasa cemburu apabila suaminya menghabiskan waktu yang panjang dan berbual mesra dengan wanita lain.

2. Usik-mengusik, bergurau senda dan bergelak ketawa

Bagi wanita perbuatan ini juga hanya boleh dilakukan oleh lelaki dengan isterinya saja, tidak dengan wanita lain. Itulah sebabnya perbuatan ini juga menimbulkan perasaan cemburu yang amat kuat di hati wanita.

3. Mencurahkan masalah peribadi

Bagi wanita, suaminya tidak patut mencurahkan perasaan dan masalah peribadinya kepada wanita lain kecuali dirinya. Justeru, apabila lelaki melakukan tingkah-laku yang sepatutnya sangat eksklusif itu dengan wanita lain, nilai tingkah laku itu jatuh menjunam di mata si isteri.
Bagi si isteri, tingkah laku itu tidak lagi membawa makna dan kepuasan yang sama seperti dulu bahkan menimbulkan rasa cemburu yang sangat kuat.

4. Eksklusif tanpa isteri

Lelaki melakukan pelbagai perkara dengan orang lain tetapi tidak pernah dengan isterinya. Sebagai contoh, lelaki tidak bermain bola dengan isterinya. Tingkah laku suami yang tidak pernah dibuat dengan isterinya diberikan nilai rendah oleh isteri. Jadi, perbuatan suaminya bermain bola dengan lelaki lain tidak menimbulkan cemburu isterinya.

5. Inklusif

Ada kalanya lelaki melakukan perbuatan baik dengan isterinya atau dengan orang lain, contohnya makan. Perbuatan makan dilakukan oleh lelaki baik dengan isterinya atau orang lain. Perbuatan ini diberi nilai sederhana tingginya oleh itu isteri berasa sederhana puas apabila makan dengan suaminya. Suaminya duduk makan semeja dengan rakan wanita sekerjanya menimbulkan reaksi cemburu yang sederhana kuatnya. Inilah asas kepada rasa kepuasan seorang isteri. Apabila tingkah laku yang dulu eksklusif dengan dirinya, kini dilakukan juga oleh suaminya dengan wanita lain, maka nilai tingkah laku itu turun ataupun hilang sama sekali.

Ahad, 22 Februari 2009

Stress oh Stress




Semua orang pernah alami stress, biasalah ada stress pasal kerja, pasal kewangan, pasal masalah dalam komunikasi sama ada dengan rakan, kekasih, teman, majikan dan lain-lain lagi. Apa maksud stress atau tekanan ini sebenarnya? Secara umumnya, Stres atau tekanan adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan seseorang itu.

Stress juga boleh dimanifestasikan secara psikologi, kognitif dan tingkahlaku. Apa yang dapat dilihat stress ialah satu situasi yang tidak selesa yang mana setiap manusia merasainya secara dalaman. Stress ini diterjemahkan dalam bentuk fizikal seperti badan menggeletar. Dari emosi pula ia boleh menyebabkan perasaan marah, gelisah, gundah, dan segala-galanya yang menyebabkan ketidakstabilan emosi dan mengganggu dari segi semangat atau spiritual yang ada.

Stress ialah satu perkara yang normal yang selalu berlaku kepada setiap individu (manusia dan haiwan). Oleh sebab itu, sebagai manusia kita perlu tahu dan memahami tentang makna stress secara khusus. Di sini dinyatakan keadaan yang berlaku sebagai tamsilan tentang stress. Contohnya, si A dan si B apabila mendengar pengumuman bahawa keputusan peperiksaan akan diumumkan pada keesokan hari, suasana keduanya berbeza. Si A telah merasa gementar seluruh tubuh, emosi menjadi tidak menentu dan kadang-kadang wujud perasaan marah kepada adik-adik, kawan-kawan dan orang di sekeliling dan ianya dilihat begitu mendadak. Tingkah lakunya dilihat seolah-olah tidak terkawal, sebentar di ruang tamu, sebentar keluar di halaman rumah, sebentar berbaring di dalam bilik dan perubahan keadaan itu juga dapat dilihat secara drastik.

Bagi individu si B pula keadaan yang berbeza berlaku. Setelah selesai mendengar tentang pengumuman tersebut iaitu keputusan peperiksaan akan diumumkan esok, beliau berbuat apa yang dibuatnya sebelum ini. Tiada perubahan tingkah laku yang mendadak. Di sini dapatlah dikatakan bahawa individu A adalah manusia yang mudah untuk mengalami stress. Ia dapat di lihat dari tingkah laku dan emosinya berubah secara mendadak. Berbeza dengan individu B yang lambat menerima ketegangan. Ini memang berlaku di kalangan kita pada hari ini.

Bila difikirkan nak siapkan 2 assignment Science (HBSC 4103 Teaching Of Science: Physical Earth and the Universe Lower Secondary School, HBSC4203 Teaching of Science: Living Things For Upper Secondary School) dan yang akhir sekali kena siapkan tesis lagi..memang betul-betul stress jugak la sekarang ni...


Tugu Menara Jam Paling Tua Di Malaysia




Menara jam ini terletak di Dataran Belanda berhampiran dengan Gerja Christ Melaka. Menara Jam ini adalah sebuah menara jam yang tertua di Malaysia. Ianya telah dibina oleh Tan Jiak Kim sebagai tanda ingatan kepada bapanya, Tan Beng Swee, pada tahun 1886. Menara setinggi 50 kaki ini berbentuk sebuah bangunan tiga tingkat empat persegi di mana di bahagian atas setiap seginya terdapat sebuah jam.



Menurut sejarahnya, Tan Beng Swee tersangat ingin melihat melihat menara jam didirikan di tengah-tengah bandar Melaka ( pada masa tersebut Dataran Melaka merupakan Pusat Bandar Melaka)


Selama 4 tahun masa diambil untuk menyiapkan pembinaan menara jam yang dinamakan sempena nama Tan Beng Swee. Empat buah jam telah diimport daripada England bagi disesuaikan dengan bentuk yang telah diukir pada setiap segi bangunan itu.


Sabtu, 21 Februari 2009

Ucapan Tahniah Buat adikku Razman dan Mariati...

Amar bersama Mak Long


Muhammad Ammar sedang nyenyak tido..



sempat melawat anak buah 6 jam sebelum berangkat ke semenanjung




penyeri rumahtangga



lena tido..



Kepada adik ipar, Razman Syah dan Mariati Matsin. Tanggal 11 Feb. 2009 yang lalu tercatit sejarah kalian , dan pada tarikh itu juga anda berdua telah digelar "ibu dan ayah". Nama baby ini ialah MUMAMMAD AMMAR NAQUIDDIN.

Ibu mertua saya datang ke Sabah pada 10hb Feb 2009 dan selepas tarikh itu bonda saya telah jatuh sakit.


Pada pagi ini 21hb Feb, jam 7.45 pagi beliau telah diterbangkan ke Kota Bharu, (Hospital Universiti Kubang Kerian,) setelah tiba dari Sabah malam tadi 20hb Feb.2009.


Bonda saya ini telah disahkan menghidap penyakit kurang gula dalam darah atau ( Hipoglkimia). Terima kasih kepada Doktor Shamntha Jondlesn, seorang Doktor Perubatan daripada United Kingdom yang berkhidmat di HQE, KK yang membenarkan saya membawa pulang bonda saya, untuk dirujuk ke HUSM, Kubang Kerian..