sudilah kiranya sign dalam Guestbook saya..

Khamis, 5 Mac 2009

demam ari ni..

Aku demam hari ni..dua tiga hari ni asyik kena hujan saja..so, hari MC 1 hari..

Rabu, 4 Mac 2009

Duit........


banyaknya duit...


Bila bangun pagi...nak gi kerja.. anak tanya.." ayah, duit..cikgu nak duit bayar yuran.."Bila nak start kete pulak..tengok meter minyak.." alamak.., lupa lak nak isi minyak.."duit lagi."balik rumah ..baru nak matikan engin kete.. member pulak telefon.." nak pinjam duit.." katanya.. kecemasan..anak sakit katanya..kesian punya pasal..bagilah.. Petang gi jalan Terminal 1, nak masuk tandas guna duit lagi.. dunia sekarang dunia duit..tanpa duit..jangan harap org nak pandang kita..( betul ke falsafah ni..? )

Petang, anak ajak pergi pasar malam.., buat tu, buat ni, semuanya perlu duit... hatta, sampai nak gali kubur pun masih guna duit.. alangkah senangnya kalau semua dalam dunia ini, dapat tanpa guna duit, ( ada ke...tak de guna duit..??) saya ada ramai kwan-kawan dari bangsa lain drp bangsa melayu...Kata mereka duit adalah segala-segalanya.. tanpa duit orang akan pandang hina...dunia akhir zaman mcm nilah..semua pentingkan kebendaan.. kata mereka lagi..kalau ada duit "hantu"pun boleh beli..wah! begitu hebat pepatah ini...saya pun ada terfikir.., betul ke..duit adalah segala-galanya..?

Pada saya, rezeki yg halal dan berkat adalah paling penting..tak kan nak bagi mkn anak isteri dengan duit haram pulak kan...tak patut mcm tu..tapi ada yg tak kisah pun..janji ada duit penuh poket.."peduli apa, haram ke halal ke.." ( ada ke orang mcm ni..)

Selasa, 3 Mac 2009

Wanita Inggeris Pertama Menjadi Permaisuri Johor

stamp Sultan Ibrahim dan Sultanah Helen



Perarakan diadakan di Muar sempena Hari Keputeraan Sultan Ibrahim yang ke-50 pada 17 September, 1923.






Sultan Ibrahim (tengah, berkot) ketika melawat Malayan Victory Contingent di London pada tahun 1946

Nama asalnya Helen Bartholomew, dilahirkan pada 21 Disember 1889. Beliau telah memeluk agama Islam setelah berkahwin dengan Sultan Ibrahim di Johor Bahru, dalam tahun 1930, dan menukar namanya kepada Helen binti Abdullah.

Pada 18hb November 1931, beliau secara rasminya telah ditabalkan sebagai Permaisuri Johor dengan memakai Sultanah Helen. Sultanah Helen merupakan Permaisuri ketiga kepada Sultan Ibrahim dan menjadi wanita barat pertama ditabalkan menjadi Sultanah.

Sultanah Helen Ibrahim (nama asal, Helen Bartholomew) adalah isteri ketiga Sultan Sir Ibrahim Iskandar Al-Masyhur ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar, sultan kedua bagi Johor moden. Baginda merupakan salah seorang yang terkaya di dunia ketika itu.

Helen Bartholomew dilahirkan di Glasgow, Scotland. Suami pertama beliau, William Wilson (dilahirkan di Malaya) merupakan doktor peribadi kepada Sultan Ibrahim. Setelah William meninggal dunia, Helen pulang semula ke Britain.Sultan Ibrahim sangat pemurah.

Baginda pernah menghadiahkan sepasang Malay tigers kepada Edinburgh Zoo dan memberikan hadiah berupa wang tunai yang banyak ketika King George V menyambut perayaan Jubli. Bila Sultan Ibrahim menghantar dua orang anakanda baginda untuk belajar di Britain, baginda meminta jasabaik Helen untuk sama-sama 'mengawasi' mereka. Baginda sering juga melawat mereka dan perhubungan baginda dengan Helen semakin mesra. Mereka berkahwin di Masjid Surrey pada 1930.

Semenjak itu, Helan memakai gelaran Her Highness Sultanah Helen Ibrahim.Sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan mereka yang kelima, wajah Sultan Ibrahim dan Sultanah Helen diabadikan di atas stem kenang-kenangan. Perkahwinan itu berakhir dalam keadaan baik setelah berlangsung selama 10 tahun. Malah sultan ada menghadiahkan permata zamrud pada hari lahirnya dan berlian pada ulangtahun perkahwinan mereka.

Dikatakan bahawa koleksi barang kemas Sultanah Helen adalah yang terbaik di dunia.Helen kembali ke Scotland dan tinggal di Cambuslang sebelum berpindah ke London. Sekitar 1960an, dia dilihat turun dari sebuah Rolls Royce di Sauchiehall Street. Selepas itu tiada sesiapa tahu apa yang telah berlaku kepadanya. Namun pada tahun 1980an, sebuah akhbar di Glasgow cuba menyelongkar kembali kisah hidupnya.

Walaupun begitu, tidak banyak yang diketahui kecuali penemuan beberapa buah foto sewaktu dia masih bekerja di Glasgow dan ketika dia menjadi Sultanah Johor. Penyelidikan selanjutnya mendapati bahawa dia meninggal dunia pada 13 Ogos 1977 ketika berusia 88 tahun di sebuah rumah jagaan (nursing home) di Surrey.


Isnin, 2 Mac 2009

Banjir Paling Buruk Dalam Sejarah Negara

korban banjir 1971

Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassim Billah Shah

Banjir di Pekan, 1971

Sejarah banjir paling besar pernah melanda negara kita berlaku pada bulan Januari 1971 sehingga kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat setelah hampir seluruh negara ditenggelami oleh air, akibat hujan lebat yang turun tidak henti-henti selama hampir 1 minggu

Perdana Menteri Malaysia, Tun Abd.Razak telah memanggil sidang kabinet tergempar setelah mendapati laporan banjir mula melanda seluruh tempat di Malaysia. Dalam Mesyuarat kabinet telah memutuskan untuk mengisytiharkan darurat banjir di seluruh negara berkuatkuasa bermula 5hb Januari 1971. Serentak dengan itu juga dua buah jawatankuasa kabinet bantuan dan pemulihan banjir di mana Perdana Menteri sendiri menjadi pengerusinya.

Sebuah lagi jawatankuasa untuk menaksir kerosakan dan mengarahkan lengkah-langkah pemulihan ekonomi dan sosial. Kuala Lumpur merupakan tempat yang paling teruk dilanda banjir di mana hampir 60% kawasannya ditenggelami air sehingga dapat dilihat di ibu kota Kuala Lumpur bagaikan berada di tengah lautan.


Walaupun banjir pernah berlaku sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1926 yang dipanggil "Bah Besar" dan sekali lagi melanda dalam tahun 1946, tetapi banjir yang melanda negara pada tahun 1971 ini adalah terbesar dan terburuk dalam sejarah negara.


Banjir yang melanda pada tahun 1971 ini surut dalam masa seminggu kemudian dengan mengorbankan 24 orang dan kerugian harta benda dianggarkan melebihi RM 84.7 juta. Banjir ini turut meninggalkan kesan kesan kerosakan yang paling teruk, ramai kehilangan tempat tinggal dan harta benda. Ramai yang terpaksa tinggal sehelai sepinggang, setelah semua harta benda dihanyutkan oleh banjir.

Peristiwa Banjir Besar 1971 yang tidak diketahui umum:-

1. Beratus-ratus kereta dan lori tersadai selama 3 hari apabila jambatan dekat Maran runtuh.Feri terpaksa digunakan untuk membawa kenderaan tersebut menyeberangi sungai.

2. Sultan Abu Bakar (Sultan Pahang) hampir mati lemas apabila bot yang baginda bersama rombongannya untuk meninjau keadaan banjir telah dinaiki air di Sungai Pahang dekat daerah Pekan. Bagaimanapun Baginda dan rombongannya terselamat apabila dua buah bot nelayan muncul dan memberi bantuan. Speed bot baginda yang berharga RM 60,000 itu karam pada pukul 10.30 pagi.

3. Hamzah bin Haji Salleh ( berusia 23 tahun) dari Kampung Pasir Baru, Petaling Bahagia, muncul sebagai "hero banjir" kerana berjaya menyelamatkan 20 orang yang terperangkap dalam banjir besar ini.Walaupun peristiwa ini telah lama berlalu, namun peristiwa ini tetap terpahat dalam lipatan sejarah sebagai banjir paling besar yang melanda negara kita..

Ahad, 1 Mac 2009

Mat Kilau: Kemunculan Paling Menggemparkan Negara

Mat Kilau: Pahlawan Terbilang Pahang



Mat Kilau bin Rasu




Hari Sabtu, 27hb Disember 1969, seluruh negara digemparkan apabila seorang lelaki tua berusia lebih seratus tahun yang menggunakan Mohammad bin Ibrahim, No kad pengenalan: 2044778, beralamat di Batu 5, Jalan Gambang Kuantan telah mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau bin Rasu, anak Orang Kaya Imam Indera Gajah Pahang, pahlawan paling terbilang yang terlibat dalam peperangan menentang Inggeris ( pada tahun 1892 hingga 1895).


Peristiwa yang amat mengejutkan ini berlaku selepas sembahyang Jumaat, 26hb Disember 1969, di mimbar Masjid Tua Pulau Tawar, dekat Jerantut kira-kira pukul 2.00 petang. Mat Kilau yang dipimpin oleh beberapa orang lelaki berdiri di atas mimbar dan membuatkan pengakuan " Bahawa sayalah Mat Kilau, anak Datuk Gajah Orang Besar Pulau Tawar".


Pengisytiharan ini disambut bagikan halilintar memecah bumi, sangat mengejutkan!. Barangkali terkejut dengan pendedahan luarbiasa ini ada jemaah yang hadir tergamam, bercampur gembira. Ramai yang menitiskan air mata. Mat Kilau di diserbu, dipeluk dan dicium tangannya dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran.


Berita di Masjid Tua Pulau Tawar itu bagaikan kliat memancar sampai ke pengetahuan rakyat Pahang dan keseluruh pelusuk tanah air dalam masa yang singkat sahaja. Sultan Pahang yang bertaktha di Istana Pekan, Sultan Abu Bakar Riayatuddin ( 1932-1975), segera memanggil Menteri Besar Pahang, Tan Sri Haji Yahya Muhammad Seh, supaya menjalankan siasatan.

Dengan sekelip mata, Pulau Tawar sebuah pekan kecil dalam daerah Jerantut muncul di peta dunia. Pemberita dan jurugambar dalam dan luar negara datang untuk mendapatkan berita lanjut berkaitan kemunculan Mat Kilau, pahlawan terbilang Pahang ini. Orang ramai dari pelusuk tanahair datang untuk melihat sendiri batang tubuh lelaki tua yang mengaku Mat Kilau ini.

Jawatankuasa Menyiasat kemunculan Mat Kilau telah ditubuhkan, atas perintah Sultan Pahang pada 08hb Januari 1970 dan dipengerusikan oleh Exco Kemajuan Negeri Pahang, Datuk Haji Abdul Aziz Ahmad. Jawatankuasa itu mengambil masa 7 bulan menjalankan pelbagai kajian, penelitian dan pelbagai penyiasatan meliputi segala aspek termasuk bertemu dengan orang tua yang masih hidup dan dipercayai sezaman dengan Pahlawan Pahang itu.

7 bulan kemudian, iaitu pada 06hb hb Ogos 1970, Jawatankuasa yang diketuai oleh oleh Menteri Besar Pahang ketika itu telah mengisytiharkan bahawa lelaki tua yang muncul di Masjid Pulau Tawar itu adalah benar-benar Mat Kilau, anak Imam Perang Gajah Pahang, Rasu bin Syarhum, Pahlawan Pahang terbilang menentang Inggeris di penghujung ke-19.

Buntut Embum yang terdapat di celah jari kaki kanannya tanda yang dapat dikenali oleh rakan-rakan lamanya sewaktu muda di Pulau Tawar, mengesahkan lagi bahawa itulah Mat Kilau, anak muda Pahang, anak Pembesar Pulau Tawar yang sanggup membuang masa mudanya dan meninggalkan ibu serta kampung halamanya menyahut seruan tanahair menentang campurtangan Inggeris di Pahang.

Bukti-bukti lain yang mengesahkan diri Mat Kilau ialah beliau dapat mengingat nama bapa, ibu adik beradik serta asal kampung halamannya dengan tepat. Diyakinkan lagi akan fizikalnya yang sederhana tinggi dan berkulit putih.

Mat Kilau dikhabarkan kebal. Beliau tidak lut senjata. Sebab itualh sewaktu pasukan Inggeris yang dipimpin oleh E. Wise, menyerang Budu, dekat Jerantut pada tahun 1891, Mat Kilau dapat menyelamatkan diri tanpa mengalami apa-apa kecederaan, biarpun baju yang dipakainya koyak rabak kesan tembakan berpuluh-puluh das mengenai dada Mat Kilau.

Di kalangan kawan-kawan lama yang mengenalinya di Pulau Tawar pada tahun 1880-an, Mat Kilau diakui memang seorang pemuda yang baik rupa parasnya. Selain itu, tahi lalat sebesar ibu jari di pipi kanannya, kesan tembakan peluru dan senjata tajam di perut membuktikan tidak ragu-ragu lagi beliaulah anak sulung Datuk Gajah dengan Teh Mehada binti Tok Kaut, yang dilahirkan di Kampung Kedondong, Pualu Tawar pada tahun 1866 (atau 1867) sewaktu bapanya Imam Rasu menjadi Penghulu di Pulau Tawar.

Filem Raja Bersiong: Filem Pertama Menggunakan Battalion Tentera



Filem ini tidak berapa berjaya sewaktu ditayangkan di panggung-panggung wayang di seluruh negara pada tahun 1967. Tetapi Filem Raja Bersiong mencatat beberapa sejarah yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana filem tempatan setakat ini.


Ia merupakan filem yang pertama yang skripnya ditulis oleh pembesar negara yang bergelar Perdana Menteri iaitu YAB Tunku Abd.Rahman Putra Al-Hajj. Ia merupakan filem pertama yang ceritanya diambil dari sebuah kisah legenda yang sangat luar biasa.


Filem Raja Bersiong juga merupakan filem Melayu yang julung-julung kali menggunakan pelakon luar, iaitu penari kebudayaan Diraja Thailand. Dan apa yang paling menarik sekali ialah, filem ini mencatat sejarah di mana satu battalion Pasukan Askar Melayu yang dipimpin oleh Brigadier Jen.Dato' Syed Mohammad Al- Saggoff telah mengambil bahagian sebagai pelakon tambahan menjayakan filem ini.


Beratus-ratus Askar Melayu itu diambil memegang watak sebagai askar-askar Siam yang berperang dengan orang-orang Kedah. Filem Raja Bersiong yang dibuat dalam bentuk warna ini ( Filem kedua selepas Filem Hang Tuah, 1955) diterbitkan oleh Malay Film Producations, milik Shaw Brothers di Singapura.


Sebahagian besar penggambaran filem ini dibuat di sekitar studio, kawasan hutan dan bukit-bukit di sekitar Negeri Kedah. Filem ini dikatakan filem sejarah yang dikatakan benar-benar belaku di negeri Kedah pada abad yang ke-17 dan menelan belanja yang agak besar. iaitu RM 2 juta, yang pertama terbesar dalam sejarah penerbitan filem pada masa itu.



Di sebalik Penggambaran Filem Raja Bersiong:-



  • Filem Raja Bersiong menggunakan khidmat 3 orang pakar teknik dari Jepun, yang terdiri dari Yamazaki, seorang pengarah terkenal. Arano- seorang jurukemera terkenal dan berpengalaman dan Khi- seorang juru cahaya.

  • Skrip filem ini mengambil masa yang panjang kerana kesibukan PM

  • Walaupun Jamil Sulong sebagai Pengarah Rasmi Filem ini, namun Yamazaki dari Jepun terlibat secara langsung, kecuali babak yang melibatkan adat orang Melayu diarahkan oleh Jamil Sulong.

  • Penggambaran hari pertama dibuat di dalam studio, MFP berupa sebuah set Istana Ialkha yang luas dan hebat.

  • Sebuah kota dibina di Pasir Panjang yang menggunakan khidmat anggota tentera Malaysia.

  • Filem ini mengambil masa 4 bulan untuk disiapkan. iaitu 3 kali ganda lamanya masa yang diambil berbanding filem-filem lain yang pernah dikeluarkan oleh MFP pada masa itu..

Khamis, 26 Februari 2009

Hari ke 3 Sukan: Anak Saya Dapat Gangsa 4x100 L15

Menuju ke Podium untuk menerima hadiah

berkumpul untuk teima pingat..

Hari ketiga anak saya, Nik Muhhammad Mustaqim telah memperolehi pingat gangsa dalam acara 4x100m L15 yang mewakili Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Rembau. Tahniah buat semua.. Bangga juga kerana anak saya merupakan satu-satunya pelajar Tingkatan 1 yang terpilih dalam acara 4x100m L15 ( selalunya dalam acara ini disertai pelajar tingkatan 3 ). Esok hari terakhir..moga dapat pingat dalam acara 100m.