sudilah kiranya sign dalam Guestbook saya..

Ahad, 1 Mac 2009

Mat Kilau: Kemunculan Paling Menggemparkan Negara

Mat Kilau: Pahlawan Terbilang Pahang



Mat Kilau bin Rasu




Hari Sabtu, 27hb Disember 1969, seluruh negara digemparkan apabila seorang lelaki tua berusia lebih seratus tahun yang menggunakan Mohammad bin Ibrahim, No kad pengenalan: 2044778, beralamat di Batu 5, Jalan Gambang Kuantan telah mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau bin Rasu, anak Orang Kaya Imam Indera Gajah Pahang, pahlawan paling terbilang yang terlibat dalam peperangan menentang Inggeris ( pada tahun 1892 hingga 1895).


Peristiwa yang amat mengejutkan ini berlaku selepas sembahyang Jumaat, 26hb Disember 1969, di mimbar Masjid Tua Pulau Tawar, dekat Jerantut kira-kira pukul 2.00 petang. Mat Kilau yang dipimpin oleh beberapa orang lelaki berdiri di atas mimbar dan membuatkan pengakuan " Bahawa sayalah Mat Kilau, anak Datuk Gajah Orang Besar Pulau Tawar".


Pengisytiharan ini disambut bagikan halilintar memecah bumi, sangat mengejutkan!. Barangkali terkejut dengan pendedahan luarbiasa ini ada jemaah yang hadir tergamam, bercampur gembira. Ramai yang menitiskan air mata. Mat Kilau di diserbu, dipeluk dan dicium tangannya dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran.


Berita di Masjid Tua Pulau Tawar itu bagaikan kliat memancar sampai ke pengetahuan rakyat Pahang dan keseluruh pelusuk tanah air dalam masa yang singkat sahaja. Sultan Pahang yang bertaktha di Istana Pekan, Sultan Abu Bakar Riayatuddin ( 1932-1975), segera memanggil Menteri Besar Pahang, Tan Sri Haji Yahya Muhammad Seh, supaya menjalankan siasatan.

Dengan sekelip mata, Pulau Tawar sebuah pekan kecil dalam daerah Jerantut muncul di peta dunia. Pemberita dan jurugambar dalam dan luar negara datang untuk mendapatkan berita lanjut berkaitan kemunculan Mat Kilau, pahlawan terbilang Pahang ini. Orang ramai dari pelusuk tanahair datang untuk melihat sendiri batang tubuh lelaki tua yang mengaku Mat Kilau ini.

Jawatankuasa Menyiasat kemunculan Mat Kilau telah ditubuhkan, atas perintah Sultan Pahang pada 08hb Januari 1970 dan dipengerusikan oleh Exco Kemajuan Negeri Pahang, Datuk Haji Abdul Aziz Ahmad. Jawatankuasa itu mengambil masa 7 bulan menjalankan pelbagai kajian, penelitian dan pelbagai penyiasatan meliputi segala aspek termasuk bertemu dengan orang tua yang masih hidup dan dipercayai sezaman dengan Pahlawan Pahang itu.

7 bulan kemudian, iaitu pada 06hb hb Ogos 1970, Jawatankuasa yang diketuai oleh oleh Menteri Besar Pahang ketika itu telah mengisytiharkan bahawa lelaki tua yang muncul di Masjid Pulau Tawar itu adalah benar-benar Mat Kilau, anak Imam Perang Gajah Pahang, Rasu bin Syarhum, Pahlawan Pahang terbilang menentang Inggeris di penghujung ke-19.

Buntut Embum yang terdapat di celah jari kaki kanannya tanda yang dapat dikenali oleh rakan-rakan lamanya sewaktu muda di Pulau Tawar, mengesahkan lagi bahawa itulah Mat Kilau, anak muda Pahang, anak Pembesar Pulau Tawar yang sanggup membuang masa mudanya dan meninggalkan ibu serta kampung halamanya menyahut seruan tanahair menentang campurtangan Inggeris di Pahang.

Bukti-bukti lain yang mengesahkan diri Mat Kilau ialah beliau dapat mengingat nama bapa, ibu adik beradik serta asal kampung halamannya dengan tepat. Diyakinkan lagi akan fizikalnya yang sederhana tinggi dan berkulit putih.

Mat Kilau dikhabarkan kebal. Beliau tidak lut senjata. Sebab itualh sewaktu pasukan Inggeris yang dipimpin oleh E. Wise, menyerang Budu, dekat Jerantut pada tahun 1891, Mat Kilau dapat menyelamatkan diri tanpa mengalami apa-apa kecederaan, biarpun baju yang dipakainya koyak rabak kesan tembakan berpuluh-puluh das mengenai dada Mat Kilau.

Di kalangan kawan-kawan lama yang mengenalinya di Pulau Tawar pada tahun 1880-an, Mat Kilau diakui memang seorang pemuda yang baik rupa parasnya. Selain itu, tahi lalat sebesar ibu jari di pipi kanannya, kesan tembakan peluru dan senjata tajam di perut membuktikan tidak ragu-ragu lagi beliaulah anak sulung Datuk Gajah dengan Teh Mehada binti Tok Kaut, yang dilahirkan di Kampung Kedondong, Pualu Tawar pada tahun 1866 (atau 1867) sewaktu bapanya Imam Rasu menjadi Penghulu di Pulau Tawar.

Filem Raja Bersiong: Filem Pertama Menggunakan Battalion Tentera



Filem ini tidak berapa berjaya sewaktu ditayangkan di panggung-panggung wayang di seluruh negara pada tahun 1967. Tetapi Filem Raja Bersiong mencatat beberapa sejarah yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana filem tempatan setakat ini.


Ia merupakan filem yang pertama yang skripnya ditulis oleh pembesar negara yang bergelar Perdana Menteri iaitu YAB Tunku Abd.Rahman Putra Al-Hajj. Ia merupakan filem pertama yang ceritanya diambil dari sebuah kisah legenda yang sangat luar biasa.


Filem Raja Bersiong juga merupakan filem Melayu yang julung-julung kali menggunakan pelakon luar, iaitu penari kebudayaan Diraja Thailand. Dan apa yang paling menarik sekali ialah, filem ini mencatat sejarah di mana satu battalion Pasukan Askar Melayu yang dipimpin oleh Brigadier Jen.Dato' Syed Mohammad Al- Saggoff telah mengambil bahagian sebagai pelakon tambahan menjayakan filem ini.


Beratus-ratus Askar Melayu itu diambil memegang watak sebagai askar-askar Siam yang berperang dengan orang-orang Kedah. Filem Raja Bersiong yang dibuat dalam bentuk warna ini ( Filem kedua selepas Filem Hang Tuah, 1955) diterbitkan oleh Malay Film Producations, milik Shaw Brothers di Singapura.


Sebahagian besar penggambaran filem ini dibuat di sekitar studio, kawasan hutan dan bukit-bukit di sekitar Negeri Kedah. Filem ini dikatakan filem sejarah yang dikatakan benar-benar belaku di negeri Kedah pada abad yang ke-17 dan menelan belanja yang agak besar. iaitu RM 2 juta, yang pertama terbesar dalam sejarah penerbitan filem pada masa itu.



Di sebalik Penggambaran Filem Raja Bersiong:-



  • Filem Raja Bersiong menggunakan khidmat 3 orang pakar teknik dari Jepun, yang terdiri dari Yamazaki, seorang pengarah terkenal. Arano- seorang jurukemera terkenal dan berpengalaman dan Khi- seorang juru cahaya.

  • Skrip filem ini mengambil masa yang panjang kerana kesibukan PM

  • Walaupun Jamil Sulong sebagai Pengarah Rasmi Filem ini, namun Yamazaki dari Jepun terlibat secara langsung, kecuali babak yang melibatkan adat orang Melayu diarahkan oleh Jamil Sulong.

  • Penggambaran hari pertama dibuat di dalam studio, MFP berupa sebuah set Istana Ialkha yang luas dan hebat.

  • Sebuah kota dibina di Pasir Panjang yang menggunakan khidmat anggota tentera Malaysia.

  • Filem ini mengambil masa 4 bulan untuk disiapkan. iaitu 3 kali ganda lamanya masa yang diambil berbanding filem-filem lain yang pernah dikeluarkan oleh MFP pada masa itu..