sudilah kiranya sign dalam Guestbook saya..

Khamis, 26 Februari 2009

Hari ke 3 Sukan: Anak Saya Dapat Gangsa 4x100 L15

Menuju ke Podium untuk menerima hadiah

berkumpul untuk teima pingat..

Hari ketiga anak saya, Nik Muhhammad Mustaqim telah memperolehi pingat gangsa dalam acara 4x100m L15 yang mewakili Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Rembau. Tahniah buat semua.. Bangga juga kerana anak saya merupakan satu-satunya pelajar Tingkatan 1 yang terpilih dalam acara 4x100m L15 ( selalunya dalam acara ini disertai pelajar tingkatan 3 ). Esok hari terakhir..moga dapat pingat dalam acara 100m.

Hari Ketiga Sukan: Pulang Hampa

sabar menunggu acara dimulakan


Harapan sekolah


pelari paling pantas tapi terjatuh sebelum penamat acara

Hari ini, hari ketiga sukan, jalan menggenggam pingat sudah terbuka luas, namun dua athlet terjatuh semasa menuju ke garisan penamat dalam acara 200m P10 dan 200m L10 menghancurkan harapan menggunung tinggi pihak sekolah.. "Apa nak buek aann.. tak do joki..."


Rabu, 25 Februari 2009

Hari Kedua Sukan: Dapat Pingat Perak

Cikgu Nur Sarah, Cikgu Asmi dan Cikgu Husin ( jurulatih )


Sedang menunggu giliran untuk acara 4x100m P10


Menunggu Giliran 4x100m L10


Semua peserta berkumpul di padang


Hari ini 25 hb Feb 2009- sekolah saya mencatat satu pingat perak dalam acara 80m Lari Berpagar P10. Tahniah buat adik Zaza Ruzaini bt. Zawawee yang berjaya mendapat pingat perak.. Pada petang ini..kalau ada rezeki, 4x100m L12, berkemungkinan besar dapat lagi pingat-


Selasa, 24 Februari 2009

Hari Ini Sukan MSSM Daerah

beratur di khemah panggilan untuk acara 80m P12 berpagar



sedang menunggu acara dimulakan


semoga mencatat kejayaan


barisan murid yg mengambil bahagian


Hari ini, 24hb Feb 2009- 27hb Feb 2009 bermula Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Daerah Rembau (MSSMDR) yang diadakan di Sekolah Men.Kebangsaan Dato' Abdullah Astana Raja, Rembau. Nampaknya pada hari pertama kejohanan, nampaknya kurang memberangsangkan.. mudah-mudahan esok akan lebih mencatat kejayaan..insya-Allah..!

Isnin, 23 Februari 2009

Mengapa Perempuan Cemburu..??

keratan akhbar tentang cemburu



lukisan


KEBANYAKAN lelaki tidak faham apa sebenarnya yang diinginkan wanita cemburu. Walau apapun yang dilakukan, isteri yang cemburu tetap cemburu. Cemburu sebenarnya manifestasi hilangnya rasa selamat di hati si pencemburu. Hilangnya rasa selamat bukan hanya menimbulkan cemburu tetapi juga menghilangkan rasa kepuasan.

Menurut pakar psikologi perhubungan, bagi seseorang wanita, apabila berkahwin dia mendapat kepuasan daripada dua sumber. Sumber pertama adalah tingkah laku suami atau layanan suami kepadanya. Setiap kali suaminya melayan dia dengan cara positif, maka wanita berasa sangat puas. Sebagai contoh, perbuatan membantu isteri membasuh pinggan lepas makan adalah tingkah laku positif. Sumber kepuasan kedua datang daripada makna yang diberikannya terhadap tingkah laku suaminya. Perbuatan lelaki yang diberi makna dan nilai tinggi oleh wanita mencipta rasa kepuasan yang tinggi kepada wanita.
Perkara yang dilakukan suami diberi makna dan nilai oleh isterinya. Apabila perkara itu diberi nilai tinggi, setiap kali si suami melakukan perkara itu ke atas diri si isteri, maka si isteri mengecapi rasa kepuasan yang sangat tinggi. Tetapi bagaimana wanita memberikan nilai tinggi atau rendah ke atas perbuatan dan tingkah laku suami? Berikut adalah kriteria digunakan oleh wanita untuk memberikan nilai tinggi atau rendah ke atas setiap tingkah laku suami



  1. Bercakap dan berbual mesra dalam tempoh lama

Ramai lelaki menyangka mereka boleh melakukan perbuatan ini dengan wanita yang menjadi rakan rapat mereka dan lelaki menganggap perbuatan itu tidak patut menimbulkan rasa curiga di hati isteri mereka. Tetapi bagi wanita, perbuatan ini hanya boleh dilakukan oleh lelaki dengan isterinya, tidak dengan wanita lain. Itulah sebabnya wanita berasa cemburu apabila suaminya menghabiskan waktu yang panjang dan berbual mesra dengan wanita lain.

2. Usik-mengusik, bergurau senda dan bergelak ketawa

Bagi wanita perbuatan ini juga hanya boleh dilakukan oleh lelaki dengan isterinya saja, tidak dengan wanita lain. Itulah sebabnya perbuatan ini juga menimbulkan perasaan cemburu yang amat kuat di hati wanita.

3. Mencurahkan masalah peribadi

Bagi wanita, suaminya tidak patut mencurahkan perasaan dan masalah peribadinya kepada wanita lain kecuali dirinya. Justeru, apabila lelaki melakukan tingkah-laku yang sepatutnya sangat eksklusif itu dengan wanita lain, nilai tingkah laku itu jatuh menjunam di mata si isteri.
Bagi si isteri, tingkah laku itu tidak lagi membawa makna dan kepuasan yang sama seperti dulu bahkan menimbulkan rasa cemburu yang sangat kuat.

4. Eksklusif tanpa isteri

Lelaki melakukan pelbagai perkara dengan orang lain tetapi tidak pernah dengan isterinya. Sebagai contoh, lelaki tidak bermain bola dengan isterinya. Tingkah laku suami yang tidak pernah dibuat dengan isterinya diberikan nilai rendah oleh isteri. Jadi, perbuatan suaminya bermain bola dengan lelaki lain tidak menimbulkan cemburu isterinya.

5. Inklusif

Ada kalanya lelaki melakukan perbuatan baik dengan isterinya atau dengan orang lain, contohnya makan. Perbuatan makan dilakukan oleh lelaki baik dengan isterinya atau orang lain. Perbuatan ini diberi nilai sederhana tingginya oleh itu isteri berasa sederhana puas apabila makan dengan suaminya. Suaminya duduk makan semeja dengan rakan wanita sekerjanya menimbulkan reaksi cemburu yang sederhana kuatnya. Inilah asas kepada rasa kepuasan seorang isteri. Apabila tingkah laku yang dulu eksklusif dengan dirinya, kini dilakukan juga oleh suaminya dengan wanita lain, maka nilai tingkah laku itu turun ataupun hilang sama sekali.

Ahad, 22 Februari 2009

Stress oh Stress




Semua orang pernah alami stress, biasalah ada stress pasal kerja, pasal kewangan, pasal masalah dalam komunikasi sama ada dengan rakan, kekasih, teman, majikan dan lain-lain lagi. Apa maksud stress atau tekanan ini sebenarnya? Secara umumnya, Stres atau tekanan adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan seseorang itu.

Stress juga boleh dimanifestasikan secara psikologi, kognitif dan tingkahlaku. Apa yang dapat dilihat stress ialah satu situasi yang tidak selesa yang mana setiap manusia merasainya secara dalaman. Stress ini diterjemahkan dalam bentuk fizikal seperti badan menggeletar. Dari emosi pula ia boleh menyebabkan perasaan marah, gelisah, gundah, dan segala-galanya yang menyebabkan ketidakstabilan emosi dan mengganggu dari segi semangat atau spiritual yang ada.

Stress ialah satu perkara yang normal yang selalu berlaku kepada setiap individu (manusia dan haiwan). Oleh sebab itu, sebagai manusia kita perlu tahu dan memahami tentang makna stress secara khusus. Di sini dinyatakan keadaan yang berlaku sebagai tamsilan tentang stress. Contohnya, si A dan si B apabila mendengar pengumuman bahawa keputusan peperiksaan akan diumumkan pada keesokan hari, suasana keduanya berbeza. Si A telah merasa gementar seluruh tubuh, emosi menjadi tidak menentu dan kadang-kadang wujud perasaan marah kepada adik-adik, kawan-kawan dan orang di sekeliling dan ianya dilihat begitu mendadak. Tingkah lakunya dilihat seolah-olah tidak terkawal, sebentar di ruang tamu, sebentar keluar di halaman rumah, sebentar berbaring di dalam bilik dan perubahan keadaan itu juga dapat dilihat secara drastik.

Bagi individu si B pula keadaan yang berbeza berlaku. Setelah selesai mendengar tentang pengumuman tersebut iaitu keputusan peperiksaan akan diumumkan esok, beliau berbuat apa yang dibuatnya sebelum ini. Tiada perubahan tingkah laku yang mendadak. Di sini dapatlah dikatakan bahawa individu A adalah manusia yang mudah untuk mengalami stress. Ia dapat di lihat dari tingkah laku dan emosinya berubah secara mendadak. Berbeza dengan individu B yang lambat menerima ketegangan. Ini memang berlaku di kalangan kita pada hari ini.

Bila difikirkan nak siapkan 2 assignment Science (HBSC 4103 Teaching Of Science: Physical Earth and the Universe Lower Secondary School, HBSC4203 Teaching of Science: Living Things For Upper Secondary School) dan yang akhir sekali kena siapkan tesis lagi..memang betul-betul stress jugak la sekarang ni...


Tugu Menara Jam Paling Tua Di Malaysia




Menara jam ini terletak di Dataran Belanda berhampiran dengan Gerja Christ Melaka. Menara Jam ini adalah sebuah menara jam yang tertua di Malaysia. Ianya telah dibina oleh Tan Jiak Kim sebagai tanda ingatan kepada bapanya, Tan Beng Swee, pada tahun 1886. Menara setinggi 50 kaki ini berbentuk sebuah bangunan tiga tingkat empat persegi di mana di bahagian atas setiap seginya terdapat sebuah jam.



Menurut sejarahnya, Tan Beng Swee tersangat ingin melihat melihat menara jam didirikan di tengah-tengah bandar Melaka ( pada masa tersebut Dataran Melaka merupakan Pusat Bandar Melaka)


Selama 4 tahun masa diambil untuk menyiapkan pembinaan menara jam yang dinamakan sempena nama Tan Beng Swee. Empat buah jam telah diimport daripada England bagi disesuaikan dengan bentuk yang telah diukir pada setiap segi bangunan itu.


Sabtu, 21 Februari 2009

Ucapan Tahniah Buat adikku Razman dan Mariati...

Amar bersama Mak Long


Muhammad Ammar sedang nyenyak tido..



sempat melawat anak buah 6 jam sebelum berangkat ke semenanjung




penyeri rumahtangga



lena tido..



Kepada adik ipar, Razman Syah dan Mariati Matsin. Tanggal 11 Feb. 2009 yang lalu tercatit sejarah kalian , dan pada tarikh itu juga anda berdua telah digelar "ibu dan ayah". Nama baby ini ialah MUMAMMAD AMMAR NAQUIDDIN.

Ibu mertua saya datang ke Sabah pada 10hb Feb 2009 dan selepas tarikh itu bonda saya telah jatuh sakit.


Pada pagi ini 21hb Feb, jam 7.45 pagi beliau telah diterbangkan ke Kota Bharu, (Hospital Universiti Kubang Kerian,) setelah tiba dari Sabah malam tadi 20hb Feb.2009.


Bonda saya ini telah disahkan menghidap penyakit kurang gula dalam darah atau ( Hipoglkimia). Terima kasih kepada Doktor Shamntha Jondlesn, seorang Doktor Perubatan daripada United Kingdom yang berkhidmat di HQE, KK yang membenarkan saya membawa pulang bonda saya, untuk dirujuk ke HUSM, Kubang Kerian..


Ibu Mertua Sakit Semasa Melawat Cucu Di Sabah..

20hb Feb dibenarkan keluar wad dan terus pulang


saya melawat ibu mertua


masih mendapat rawatan


Ibu mertua dimasukkan ke dalam wad


Lama saya menyepi- saya menyepi untuk menulis dalam blog terbaru saya adalah disebabkan saya terpaksa bergegas ke Negeri Sabah pada 16hb Feb 2009- kerana melawat ibu mertua saya sakit di sana.. pada 10hbFeb ibu mertua saya, Wan Rohani Wan Daud, telah pergi ke Sabah kerana melawat anaknya bersalin di sana, entah apa yang berlaku saya pun tidak tahu, tiba-tiba beliau jatuh sakit dan ditempatkan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Pada hari ini 20hb Feb 2009 jam 12.00 tengah hari ibu mertua saya baru dibenarkan keluar daripada wad tersebut- saat saya menulis ini saya baru sampai dari ke rumah setalah 2jam 30 minit berada dalam pesawat yang sungguh memenatkan..

Ahad, 15 Februari 2009

Penyakit Kekurangan Gula Dalam Tubuh: HIPOGLIKIMIA





Hipoglikimia boleh disebabkan oleh: Pelepasan insulin yang berlebihan oleh pankreas Dos insulin atau ubat lainnya yang terlalu tinggi, yang diberikan kepada seseorang yang menghidap diabetes untuk menurunkan kadar gula darahnya. Kelainan pada kelenjar hipofisa atau kelenjar adrenal. Kelainan pada penyimpanan karbohidrat atau pembentukan glukosa di hati. Secara umum, hipogklikimia dapat dikategorikan sebagai yang berkaitan dengan ubat dan yang tidak berhubungan dengan ubat. Sebahagian besar hipoglikimia terjadi pada individu yang menghidap penyakit diabetes.

Suatu Malam di Pantai (dedikasi buat kawan di Pantai Batu Buruk..)



Suatu malam di pantai..
lama ku termangu dan berdiri ..
seorang diri..
hanya ditemani deburan manja sang ombak..
hati menjadi sayu..
teringat pada kehidupan..
yang masih panjang..
dengan cabaran..


Suatu malam di pantai..
ada cerita pengorbanan..
ada cerita kepayahan
bergulir bersama masa..
yang mendatang.


Suatu malam di pantai..
sangat memberi pengertian..
rahmat tuhan...




Istana Negara Asalnya Rumah Saudagar Cina

Istana Negara: Pintu masuk istana

Istana Negara





pengawal berkuda Istana Negara



Siapa tidak kenal akan Istana Negara Malaysia, tempat bersemayam semua Yang Dipertuan Agong Malaysia yang memerintah setiap 5 tahun sekali. Walau bagaimanapun bangunan yang besar ini sebenarnya milik jutawan cina yang bernama Chan Wing. Mungkin ada yang terkejut, dan mungkin juga ada yang tidak percaya, namun itulah kenyataannya.



Rumah besar ini dibina dalam tahun 1928 untuk kediaman Chan Wing bersama anak-anak yang seramai 26 orang sehingga 1941. Keluarga jutawan ini terpaksa meninggalkan Malaya apabila Jepun mula menyerang dan menawan Tanah Melayu dalam tahun 1941.



Selepas Jepun menyerah kalah dalam tahun 1945, "rumah besar" ini telah diambil alih oleh Kerajaan British dan tidak lama kemudian selepas itu "rumah besar" ini digunakan oleh Sultan Hihamuddin Alam Shah, iaitu Sultan Selangor dan telah menjadikan "rumah besar" ini sebagai istana baginda.



Bagaimanapun Sultan Selangor itu tidak lama bersemayam di istana Hinggap baginda itu dan istana hinggap itu tidak dihuni secara tetap. Pada tahun 1956, istana ini telah dibeli oleh Kerajaan Persekutuan untuk dijadikan Istana Rasmi Yang Dipertuan Agong yang pertama, Tuanku Abd.Rahman, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.


sumber: Fakta Sejarah Raja-Raja Melayu


Sabtu, 14 Februari 2009

Sangat Penat Hari ni..

penat....


Aku ari ni sangat penat banyak kerja yang perlu disiapkan..daripada perlu menyiapkan 2 assignment science aku, yang perlu dihantar tak lama lagi..tesis pun kena hantar juga dalam sem akhir ni.. walaupun sibuk..untuk releks kan fikiran..saya tak lupa untuk mencoretkan apa saja dalam blog baru saya ni..

pingat emas

2 pingat emas 1 pingat gangsa

Hari ni, Sabtu 14hb Feb.2009, Kejohanan Olahraga telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Rembau, amat membanggakan anak saya telah memenangi 3 pingat, 2 pingat emas iaitu Johan 100m, Johan 4x100m dan satu pingat gangsa dalam acara 200m. Sekalung tahniah buat anak saya, Nik Muhammad Mustaqim..