sudilah kiranya sign dalam Guestbook saya..

Isnin, 23 Mac 2009

Selamat Hari Jadi Mohd.Firdaus bin Jamaluddin yang ke 22.

Abang Jamaluddin bersama abang Zaidi segak posing...


Firdaus bersama temannya turut sama meraikan majlis tersebut



adik Iman, bersama ibu dan ayahnya ( kakak Firdaus dan abang ipar)




sempat menyuapkan kek kepada teman wanitanya




Mohd. Firdaus memotong kek



kek hari jadi ..


Hari ini tanggal 23 hb Mac 2009, Firdaus, anak jiran sebelah rumah saya, di Taman Dato' Lela Maharaja, Rembau, Negeri Sembilan menyambut hari lahirnya yang ke 22. Terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi menjemput saya sekeluarga untuk meraikan sambutan, hari lahir yang pada saya cukup bermakna walaupun dijalankan secara sederhana..Bersama ini saya sertakan serba sedikit catatan yang dapat saya "snapp" semasa majlis tersebut. Saya sekeluarga mengucapkan selamat menyambut hari lahir yang ke 22 buat Mohd Firdaus, semoga panjang umur dan dimurahi rezeki, sentiasa berada dalam rahmat Allah swt selalu hendaknya..amin.. juga terima kasih kepada abg Jamaluddin dan isteri, Kak Nuri..( ayah dan ibu Mohd.Firdaus..)


Selamat panjang umur, dimurahi rezeki ..insyallah..



Khamis, 19 Mac 2009

Saloma: BIDUANITA NEGARA PALING ULUNG..

Saloma dan suami tercinta: P.Ramlee



Saloma satu nama besar dalam bidang seni suara tanah air. Lebih daripada itu, pengiktirafan sebagai Biduanita Negara yang diberikan kepadanya sehingga kini belum dapat dicabar oleh mana-mana penyanyi.

Walaupun Saloma telah lama meninggalkan kita pada 25hb April 1983 dalam usia 48 tahun kerana penyakit kuning, namun suaranya tetap segar dan lagu-lagu nyanyian beliau tetap segar dan semua lagu-lagunya menjadi evergreen yang tidak pernah luput dari persada seni suara tanah air.

Jika Saloma masih hidup pasti beliau akan bersetuju bahawa lagu " Air Mata Di Kuala Lumpur" adalah lagu yang paling bererti dalam hidupnya. Ini adalah kerana kerana lagu itulah ciptaan P.Ramlee sebelum P.Ramlee meninggal dunia pada tahun 1973. Malah judul lagu itulah yang diimpikan P.Ramlee untuk dijadikan judul Filem yang akan diarahkannya. Namun apakan daya, hajat P.Ramlee tidak kesampaian kerana dijemput ilahi sebelum beliau sempat mengarahkan filem tersebut.

Kalau diamati betul-betul lagu "Air Mata Di Kuala Lumpur" itu dapat didengari esak dan tangis dan sebak Saloma ketika beliau merakamkan lagu itu. Jelaslah lagu yang dinyanyikan oleh Saloma beberapa tahun sebelum beliau meninggal dunia itu sebenarnya menceritakan duka hatinya setelah pemergian P.Ramlee, suami tercinta.

Menyingkap sejarah hidup saloma, semasa hayatnya dapat disimpulkan beliau sebenarnya anak seni sejati kerana mengabadikan dirinya semata-mata hanya untuk seni.

Saloma dilahirkan di Pasir Panjang, Singapura pada 22hb Januari 1935, ayahnya Ismail seorang pemandu teksi sementara ibunya Umi Kalsom Mahban hanya seorang suri rumahtangga, kakaknya Mariani ( nama sebenarnya Mariam) yang terlibat dalam bidang seni sebagai bintang filem.

Bakat Saloma telah berputik ketika beliau berusia 13 tahun lagi, waktu itu beliau masih bersekolah di Sekolah Melayu Kampung Gelam, Singapura. Saloma mula mengasah bakat seninya apabila berpeluang membuat persembahan bersama Kumpulan 'The Singapore Boy" di New World Cabret, nyanyian pertama beliau ialah " Seven Lovely Days".

Pada tahun 1954, dalam usia 19 tahun, Saloma ditawarkan merakamkan lagu dengan syarikat piring hitam HMV dengan lagu " Pandang Kasih" ciptaan En.Rahmat Ali telah menjulang nama saloma ke mercu kejayaan.

Beberapa Perkara Tentang Saloma yang jarang diketahui umum;-




  1. " orang tengok kita riang di atas pentas tapi.... hati ini, merana teringatkan P.Ramlee, my "loving husband". Suara hati Saloma kepada Datin Rafeah Buang pada tahun 1970-an mengenai arwah P.Ramlee.

  2. Merupakan penyanyi pertama dijemput ke Australia pada tahun 1959 untuk mengambil bahagian dalam pertunjukan TV " In Australia Tonight".

  3. " Yam, aku dah tak seronok lagi nak menyanyi kera dia telah tiada. nanti kalau aku meninggal, kebumikan aku di sebelah Ramlee ya.." kata-kata Saloma kepada kakaknya Mariani, beberapa tahun selepas kematian P.Ramlee.

  4. Sepanjang penglibatan dirinya dalam bidang seni, Saloma telah merakamkan lebih daripada 500 buah lagu meliputi semua lagu seperti irama Cha-cha, twist, jazz, serta lagu asli.

Rabu, 18 Mac 2009

Penjara Pudu: Penjara Paling Ramai Menggantung Manusia..



Setakat tempoh 36 tahun ( 1960-1996), ia telah meragut seramai 180 nyawa manusia yang melakukan pelbagai kesalahan jenayah berat. Ini belum dikira dari semenjak Penjara Pudu pada tahun 1895, di mana beribu-ribu dipercayai mati di tali gantung kerana melakukan pelbagai kesalahan berat seperti membunuh, menculik dan mengedar dadah.


Dalam zaman Jepun dipercayai ramai tahanan-tahanan perang yang dijatuhkan hukuman di sini termasuklah orang-orang Cina yang menjadi tahanan perang. Kegerunannya dirasaikan oleh sesiapapun apabila ianya disebut-sebut dan diceritakan.


Begitulah badi yang ditinggalkan oleh bilik maut Penjara Pudu. Kalau hendak disingkap peristiwa yang terakam di dalam Penjara ini memang sangat banyak. Antaranya:-



  1. Kejadian Doktor Radzi bin Jaffar yang dijadikan tebusan pada 16hb Oktober 1986 adalah yang paling bersejarah. Punca kejadian, di klinik penjara apabila sekumpulan banduan yang diketuai oleh Jimmy Chua telah menahan dan menjadikan dua pegawai perubatan dari Hospital Besar yang membuat pemeriksaan sebagai tebusan. Bagaimanapun, kejadian yang menggemparkan negara malah di seluruh dunia itu berakhir pada pukul 5.40 pagi pada 22hb Oktober 1986, apabila Unit Tindakan Khas (UTK) yang diketuai oleh Datuk Zaman Khan menyerbu dan menyelamatkan tebusan tanpa pertumpahan darah

  2. Sementara itu 2 rakyat Australia, Brain Geoffrey Chamber, 28 tahun dan Kevin Barlow, 27 tahun, menjadi rakyat asing pertama dihukum gantung di penjara ini, iaitu pada subuh o7hb Julai 1986 kerana mengedar dadah di Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pulau Pinang dalam tahun 1983.

  3. Wong Swee Chin ( Botak Chin) merupakan pejenayah yang paling terkenal yang dihukum gantung di Penjara Pudu kerana kesalahan senjata api. Kes perbicaraan Botak Chin menarik perhatian ramai kerana beliau ( Botak Chin) dikatakan merompak dari orang kaya untuk dibahagi-bahagikan kepada rakyat yang miskin, ala- Robin Hood.

  4. Hau Tsui Ling, 30 tahun seorang pelayan kelab malam rakyat Hong Kong, menjadi wanita asing pertama dihukum gantung di Penjara Kajang kerana kesalahan mengedar dadah bersama 7 orang lelaki Hong Kong di Lapangan Terbang Bayan Lepas dalam tahun 1983. Belau digantung pada tahun 1989.

Menjadi hukum karma, setiap perbuatan yang baik pasti akan dibalas dengan baik, begitulah sebaliknya, Tulisan saya ini sekadar untuk perkongsian makumat sahaja, tidak lebih daripada itu..

Selasa, 17 Mac 2009

Peritnya .............


Alhamdulillah..berkat ketabahan, pahit jerih, sekarang berada di tahun akhir pengajian, sambil study , ada masa tu tinggalkan coretan dalam blog saya, tarikh 7hb April dan 09hb April terpaksa hadapi exam lagi ni..


Petang tadi kwn aku call, besok dia ingin membawa aku berjumpa dengan pensyarah untuk berbincang tentang tesis.. baru nak fikir tentang exam..kena fikir tentang tesis pulak dah.. macm ni peritnya study.....!


Ahad, 15 Mac 2009

Selamat Pengantin Baru Cikgu Khairul Haimi-



sempena cuti sekolah ni, ramai kawan-kawan yang naik pelamin, kepada kawan-kawan yang naik pelamin hari ni, 15/3/2009, Cikgu Khairul Haimi dan pasangannya di Kampung Sungai Layang Rembau, selamat pengantin baru diucapkan, semoga ikatan suci yang terpatri kekal selama-lamanya.. dengan ucapan, " semoga cepat dapat anak.....


Jumaat, 13 Mac 2009

terasa nak pulang ke kampung laaa...


dalam saat begini, masa cuti-cuti sekolah ni, terasa pula ingin pulang ke kampung..itu pun kalau sempat, dan dapat bereskan segala kerja2 dan kelas tambahan ganti yang sebelum ni tak dapat masuk mengajar sebab melakukan tugasan di luar sekolah...


Khamis, 12 Mac 2009

Majlis MSSM NS DI STADIUM TUANKU ABD.RAHMAN PAROI..

sebelum acara dimulakan


menunggu arahan untuk acara dimulakan

Pasukan Rembau mendapat emas dalam acara lompat tinggi


Banyak sangat apa yang perlu diuruskan.. bermula dari Isnin - 10hb Mac-13hbMac Kejohanan Sukan MSSM Peringkat Negeri, di Stadium Tuanku Abd.Rahman, Paroi, walau pun sibuk, semalam, perlu hadiri Mesyuarat Pertandingan Bahas dan Pertandingan Pidato Piala Diraja, Esok pula, mesyuarat AJK PIBG..pendek kata minggu ni tak masuk kelas kerana melakukan tugasan rasmi di luar..
Tahniah buat Pasukan Rembau kerana setakat hari ini (hari ketiga) sudah mendapat 6 pingat emas, 3 perak dan 1 gangsa.

Tu yg tak sempat nak update blog...


Selasa, 10 Mac 2009

Bayi perempuan mati dipercayai dicampak ke tilam

PULAU PINANG 9 Mac — Seorang bayi perempuan berumur empat bulan mati setelah dipercayai dicampak ke atas tilam di rumahnya di Sungai Ara, petang semalam. Bayi itu, yang dikatakan tidak berhenti menangis, menimbulkan kemarahan bapanya, seorang tukang paip yang berusia 35 tahun disyaki mencampakkannya ke atas tilam. Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Hatta Mohd Zain ketika dihubungi di sini berkata melihat keadaan anaknya yang tidak sedarkan diri itu, lelaki terbabit bersama isterinya, yang berusia 30 tahun, membawa bayi itu ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan kira-kira pukul 4 petang semalam. “Setelah menjalani pemeriksaan, doktor mengesahkan bayi itu telah meninggal dunia,” katanya.

Beliau berkata berdasarkan pemeriksaan doktor terdapat beberapa kesan lebam dan cedera di bahagian muka bayi itu, antaranya kesan lebam dipercayai akibat dicubit di kedua-dua belah pipi, kesan calar di telinga dan lebam di dahi.
Sehubungan itu, katanya, polis menahan reman bapa bayi itu selama enam hari mulai hari ini untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata hasil ujian air kencing yang dijalankan polis, lelaki itu didapati positif dadah jenis heroin. — Bernama



Isnin, 9 Mac 2009

hujan syukur



petang ni di kawasan rembau hujan sangat lebat..antara yang paling lebat sepanjang tahun ini saya rasa..alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt kerana memberi rahmat pada mahkluk di bumi ini...

Salam Maulidur Rasul 1430H



Selamat menyambut Maulidur Rasul 1429H saya ucapkan buat seluruh kaum muslimin dan muslimat. Sempena Maulidur Rasul kali ini, biarlah sama-sama kita kembali menyusuri sirah Rasulullah saw, meneladani sifat & peribadi Rasulullah saw dan mengikuti segala sunnah Rasulullah saw dengan sebenarnya. Sebagai menghormati Maulidur Rasul ini, saya akan perturunkan sirah mengenai kelahiran, nama & nasab Rasulullah saw. Ikuti perjalanan yang menarik selebihnya sempena Maulidur Rasul ini lebih lanjut di blog sy yg khusus mengenai sirah Rasulullah saw di http://sirnik.blogspot.com/


Kelahiran Rasulullah SAW

1. Allah Ta'ala berfirman: "Sungguh Allah telah memberi kurnia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus di antara mereka seorang rasul dari golongan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, membersihkan (jiwa) mereka, dan mengajarkan mereka Al Kitab dan Al Hikmah dan sebelum itu, mereka benar-benar berada dalam kesesatan yang nyata." (QS. Ali Imran:164)

2. Allah Ta'ala berfirman: "Katakanlah: "Sesungguhnya saya ini hanyalah seorang manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku bahwa sesungguhnya Tuhan kamu adalah Tuhan yang Esa." (QS. Al Kahfi:11)

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam pernah ditanya tentang puasa pada hari Senin. Beliau menjawab: "Pada hari itulah aku di lahirkan, lalu diangkat menjadi Rasul dan diturunkan Al-Qur'an kepadaku." (HR.Muslim)

4. Rasullauh Shallallahu 'Alaihi wa Sallam dilahirkan pada hari Senin bulan Rabi'ul Awal di Makkah Al Mukarramah tahun Al Fiil (571 M), berasal dari kedua orang tua yang sudah ma'ruf. Bapaknya bernama Abdullah bin Abdul Muthallib dan ibunya bernama Aminah binti Wahb. Kakek beliau memberinya nama Muhammad. Bapak beliau meninggal dunia sebelum kelahirannya.

5. Sesungguhnya termasuk kewajiban seorang muslim adalah hendaknya dia mengetahui kedudukan Rasul yang mulia ini, berhukum dengan Al Qur'an yang diturunkan kepadanya, berakhlak dengan akhlaknya serta mengutamakan dakwah kepada Tauhid yang mana risalahnya dimulai dengannya sesuai firman Allah Ta'ala:"Katakan: Sesungguhnya saya hanya menyembah Rabbku dan saya tidak mempersekutukan sesuatupun dengan-Nya." (QS. Al-Jin:20)

Nama dan Nasab Rasulullah SAW
1. Allah Ta'ala berfirman: "Muhammad adalah Rasulullah." (QS. AlFath:29)


2. Rasullullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda: "Saya memiliki lima nama: Saya Muhammad, saya Ahmad, saya Al-Mahi yang Allah menghapus kekufuran denganku, saya Al-Hasyir yang manusia dikumpulkan di atas kedua kakiku, dan saya Al-'Aqib yang tidak ada Nabi pun setelahnya." (Muttafaq 'Alaih). Dan Allah menamakannya dengan "Raufur Rahim"


3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam mengenalkan dirinya kepada kita dengan beberapa nama: "Saya Muhammad, saya Ahmad, saya Al Muqaffy (Nabi terakhir) dan Al Hasyir, saya Nabi At Taubah, Nabi ArRahman." (HR. Muslim)


4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda: "Tidaklah kamu heran bagaimana Allah memalingkan dari saya cacian orang-orang Quraisy dan laknat mereka? Mereka mencaci dan melaknat saya dengan sesutu) yang sangat tercela, dan saya adalah Muhammad." (HR. Bukhari)


5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda : "Sesungguhnya Allah telah memilih dari keturunan Ismail Kinayah, dan dari Kinayah Allah memilih Quraisy, dari Quraisy Allah memilih bani Hasyim, dan dari bani Hasyim Allah memilih saya." (HR. Muslim)


6. Dan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda yang artinya: "Namailah diri kalian dengan nama-nama saya, tapi janganlah kalian berkuniah (mengambil gelar) dengan kuniah saya. Karena sesungguhnya saya adalah Qasim sebagai pembagi diantara kalian." (HR. Muslim)


Rasulullah SAW, Seolah-olah Kamu Melihatnya


~ Bahawasanya Rasulullah saw adalah manusia yang paling tampan wajahnya, paling bagus bentuk penciptaannya, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek. (Muttafaq alaih)


~ Bahawasanya Rasulullah saw berkulit putih dan berwajah elok. (Muslim)


~ Bahawasanya badan Rasulullah saw tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek, dadanya bidang, janggutnya lebat, rambutnya sampai ke daun telinga, aku (sahabat) pernah melihatnya berpakaian merah dan aku tidak pernah melihat yang lebih indah daripadanya. (Bukhari)


~ Bahawasanya wajah Rasulullah bulat bagaikan matahari dan bulan. (Muslim)


~ Bahawasanya apabila Rasulullah saw gembira, wajahnya menjadi bercahaya seolah-olah seperti belaian bulan dan kami semua mengetahui yang demikian itu. (Muttafaq alaih)


~ Bahawasanya tidaklah Rasulullah saw tertawa kecuali dengan senyum dan apabila kamu memandangnya maka kamu akan menyangka bahawa baginda memakai celak pada kedua matanya, padahal baginda tidak memakai celak. (Tirmizi. Hasan)


Dari Aisyah ra, dia berkata


"Tidak pernah aku melihat Rasulullah tertawa terbahak-bahak sehingga kelihatan batas kerongkongnya. Akan tetapi tertawa baginda adalah dengan tersenyum". (Bukhari)


~ Dari Jabir bin Samurah ra, dia berkata:


"Aku pernah melihat Rasulullah saw pada malam bulan purnama. Aku memandang baginda sambil memandang bulan. Baginda mengenakan pakaian merah. Maka menurutku, baginda lebih indah daripada bulan." (Tirmizi, dia berkata: Hadis hasan gharib. Dan disahihkan oleh al-Hakim serta disetujui oleh az-Zahabi)


Ahad, 8 Mac 2009

assignment.................!!



hari ni, walaupun penat baru balik dari camping, 2 assignemnt -HBSC4103 Teaching Of Science: Physical Earth and the Universe Lower Secondary School dan HBSC4203- Teaching Of Science: Living Things For Upper Secondary School perlu dibereskan kerana beberapa hari lagi nak hantar. Terasa amat penat nak siapkan 2 assignment tu..23hb ni perlu hantar draf tesis lagi pensyarah nak tengok, 24hb-27hb Mac kena kurusus lagi, di Melaka- 27hbMac-Mesyuarat PIBG-sebagai S/U PIBG, perlu bereskan kerja yang amat banyak, 28hb Mac- Pertandingan Bahas dan Pidato, sekolah saya jadi tuan rumah- so,terlibat secara langsung dengan semua urusan -surat jemputan/ dll kerja. Ya Allah...banyaknya kerja nak disiapkan.....!

Terima kasih YB Zaiful Bhari B.Idris: Adun Chembong


Tepat jam 12.30 tengah hari ni, perkhemahan pengakap daerah Rembau, telah berakhir. Majlis Penutup telah dirasmikan oleh YB Tuan Zaiful Bhari bin Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Chembong, Rembau. Terima kasih YB, kerana telah berbesar hati menyumbangkan RM 2000 kepada Persekutuan Pengakap Daerah Rembau..


camping: murid menangis rindukan ibu


Malam ni kat camping malam persembahan, semuanya happy sakan setelah petang tadi mcm2 aktiviti telah dijalankan, spt larian komando, kawd kaki, kembara dan-lain-lain lagi.


yg tak bestnya, ada 4 orang murid, ahli pengakap sekolah saya menangis kerana terlalu rindukan ayah dan ibu mereka..walaupun baru semalaman berpisah.. tapi tak apa..ni pengalaman pertama mereka..(baru tahun 4) kalau tahun 6, sah tak akan layan punya..!


terpaksalah hantar balik rumah dia orang..kerana kataanya tak sabar lagi kerana teramat rindukan ayah, ibu dan atuk mereka..


Sabtu, 7 Mac 2009

so busy..



minggu penuh dengan busy..dalam masa 2 minggu ni..sibuk dengan mesyuarat bahas, mesyuarat ajk pibg, mesyuarat agong pibg, pertandingan bola sepak peringkat daerah, mesyuarat ketua pentasir kawaan (peka), hantar assignment dan mcm2 lagi..minggu penuh dengan busy...



Jumaat, 6 Mac 2009

camping ketua sekawan/ketua patrol.

perkhemahan ketua sekawan/patrol

hari 6hb-08hb mac 2009 ni camping pengakap, perkhemahan ketua sekawan/ketua patrol di kawsan berhampiran dgn sekolah. walaupun masih kurang sihat, tanggungjwb yg diamanahkan perlu dijalankan jugak..demi kelancaran perkhemahan ini.


Khamis, 5 Mac 2009

demam ari ni..

Aku demam hari ni..dua tiga hari ni asyik kena hujan saja..so, hari MC 1 hari..

Rabu, 4 Mac 2009

Duit........


banyaknya duit...


Bila bangun pagi...nak gi kerja.. anak tanya.." ayah, duit..cikgu nak duit bayar yuran.."Bila nak start kete pulak..tengok meter minyak.." alamak.., lupa lak nak isi minyak.."duit lagi."balik rumah ..baru nak matikan engin kete.. member pulak telefon.." nak pinjam duit.." katanya.. kecemasan..anak sakit katanya..kesian punya pasal..bagilah.. Petang gi jalan Terminal 1, nak masuk tandas guna duit lagi.. dunia sekarang dunia duit..tanpa duit..jangan harap org nak pandang kita..( betul ke falsafah ni..? )

Petang, anak ajak pergi pasar malam.., buat tu, buat ni, semuanya perlu duit... hatta, sampai nak gali kubur pun masih guna duit.. alangkah senangnya kalau semua dalam dunia ini, dapat tanpa guna duit, ( ada ke...tak de guna duit..??) saya ada ramai kwan-kawan dari bangsa lain drp bangsa melayu...Kata mereka duit adalah segala-segalanya.. tanpa duit orang akan pandang hina...dunia akhir zaman mcm nilah..semua pentingkan kebendaan.. kata mereka lagi..kalau ada duit "hantu"pun boleh beli..wah! begitu hebat pepatah ini...saya pun ada terfikir.., betul ke..duit adalah segala-galanya..?

Pada saya, rezeki yg halal dan berkat adalah paling penting..tak kan nak bagi mkn anak isteri dengan duit haram pulak kan...tak patut mcm tu..tapi ada yg tak kisah pun..janji ada duit penuh poket.."peduli apa, haram ke halal ke.." ( ada ke orang mcm ni..)

Selasa, 3 Mac 2009

Wanita Inggeris Pertama Menjadi Permaisuri Johor

stamp Sultan Ibrahim dan Sultanah Helen



Perarakan diadakan di Muar sempena Hari Keputeraan Sultan Ibrahim yang ke-50 pada 17 September, 1923.






Sultan Ibrahim (tengah, berkot) ketika melawat Malayan Victory Contingent di London pada tahun 1946

Nama asalnya Helen Bartholomew, dilahirkan pada 21 Disember 1889. Beliau telah memeluk agama Islam setelah berkahwin dengan Sultan Ibrahim di Johor Bahru, dalam tahun 1930, dan menukar namanya kepada Helen binti Abdullah.

Pada 18hb November 1931, beliau secara rasminya telah ditabalkan sebagai Permaisuri Johor dengan memakai Sultanah Helen. Sultanah Helen merupakan Permaisuri ketiga kepada Sultan Ibrahim dan menjadi wanita barat pertama ditabalkan menjadi Sultanah.

Sultanah Helen Ibrahim (nama asal, Helen Bartholomew) adalah isteri ketiga Sultan Sir Ibrahim Iskandar Al-Masyhur ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar, sultan kedua bagi Johor moden. Baginda merupakan salah seorang yang terkaya di dunia ketika itu.

Helen Bartholomew dilahirkan di Glasgow, Scotland. Suami pertama beliau, William Wilson (dilahirkan di Malaya) merupakan doktor peribadi kepada Sultan Ibrahim. Setelah William meninggal dunia, Helen pulang semula ke Britain.Sultan Ibrahim sangat pemurah.

Baginda pernah menghadiahkan sepasang Malay tigers kepada Edinburgh Zoo dan memberikan hadiah berupa wang tunai yang banyak ketika King George V menyambut perayaan Jubli. Bila Sultan Ibrahim menghantar dua orang anakanda baginda untuk belajar di Britain, baginda meminta jasabaik Helen untuk sama-sama 'mengawasi' mereka. Baginda sering juga melawat mereka dan perhubungan baginda dengan Helen semakin mesra. Mereka berkahwin di Masjid Surrey pada 1930.

Semenjak itu, Helan memakai gelaran Her Highness Sultanah Helen Ibrahim.Sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan mereka yang kelima, wajah Sultan Ibrahim dan Sultanah Helen diabadikan di atas stem kenang-kenangan. Perkahwinan itu berakhir dalam keadaan baik setelah berlangsung selama 10 tahun. Malah sultan ada menghadiahkan permata zamrud pada hari lahirnya dan berlian pada ulangtahun perkahwinan mereka.

Dikatakan bahawa koleksi barang kemas Sultanah Helen adalah yang terbaik di dunia.Helen kembali ke Scotland dan tinggal di Cambuslang sebelum berpindah ke London. Sekitar 1960an, dia dilihat turun dari sebuah Rolls Royce di Sauchiehall Street. Selepas itu tiada sesiapa tahu apa yang telah berlaku kepadanya. Namun pada tahun 1980an, sebuah akhbar di Glasgow cuba menyelongkar kembali kisah hidupnya.

Walaupun begitu, tidak banyak yang diketahui kecuali penemuan beberapa buah foto sewaktu dia masih bekerja di Glasgow dan ketika dia menjadi Sultanah Johor. Penyelidikan selanjutnya mendapati bahawa dia meninggal dunia pada 13 Ogos 1977 ketika berusia 88 tahun di sebuah rumah jagaan (nursing home) di Surrey.


Isnin, 2 Mac 2009

Banjir Paling Buruk Dalam Sejarah Negara

korban banjir 1971

Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassim Billah Shah

Banjir di Pekan, 1971

Sejarah banjir paling besar pernah melanda negara kita berlaku pada bulan Januari 1971 sehingga kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat setelah hampir seluruh negara ditenggelami oleh air, akibat hujan lebat yang turun tidak henti-henti selama hampir 1 minggu

Perdana Menteri Malaysia, Tun Abd.Razak telah memanggil sidang kabinet tergempar setelah mendapati laporan banjir mula melanda seluruh tempat di Malaysia. Dalam Mesyuarat kabinet telah memutuskan untuk mengisytiharkan darurat banjir di seluruh negara berkuatkuasa bermula 5hb Januari 1971. Serentak dengan itu juga dua buah jawatankuasa kabinet bantuan dan pemulihan banjir di mana Perdana Menteri sendiri menjadi pengerusinya.

Sebuah lagi jawatankuasa untuk menaksir kerosakan dan mengarahkan lengkah-langkah pemulihan ekonomi dan sosial. Kuala Lumpur merupakan tempat yang paling teruk dilanda banjir di mana hampir 60% kawasannya ditenggelami air sehingga dapat dilihat di ibu kota Kuala Lumpur bagaikan berada di tengah lautan.


Walaupun banjir pernah berlaku sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1926 yang dipanggil "Bah Besar" dan sekali lagi melanda dalam tahun 1946, tetapi banjir yang melanda negara pada tahun 1971 ini adalah terbesar dan terburuk dalam sejarah negara.


Banjir yang melanda pada tahun 1971 ini surut dalam masa seminggu kemudian dengan mengorbankan 24 orang dan kerugian harta benda dianggarkan melebihi RM 84.7 juta. Banjir ini turut meninggalkan kesan kesan kerosakan yang paling teruk, ramai kehilangan tempat tinggal dan harta benda. Ramai yang terpaksa tinggal sehelai sepinggang, setelah semua harta benda dihanyutkan oleh banjir.

Peristiwa Banjir Besar 1971 yang tidak diketahui umum:-

1. Beratus-ratus kereta dan lori tersadai selama 3 hari apabila jambatan dekat Maran runtuh.Feri terpaksa digunakan untuk membawa kenderaan tersebut menyeberangi sungai.

2. Sultan Abu Bakar (Sultan Pahang) hampir mati lemas apabila bot yang baginda bersama rombongannya untuk meninjau keadaan banjir telah dinaiki air di Sungai Pahang dekat daerah Pekan. Bagaimanapun Baginda dan rombongannya terselamat apabila dua buah bot nelayan muncul dan memberi bantuan. Speed bot baginda yang berharga RM 60,000 itu karam pada pukul 10.30 pagi.

3. Hamzah bin Haji Salleh ( berusia 23 tahun) dari Kampung Pasir Baru, Petaling Bahagia, muncul sebagai "hero banjir" kerana berjaya menyelamatkan 20 orang yang terperangkap dalam banjir besar ini.Walaupun peristiwa ini telah lama berlalu, namun peristiwa ini tetap terpahat dalam lipatan sejarah sebagai banjir paling besar yang melanda negara kita..

Ahad, 1 Mac 2009

Mat Kilau: Kemunculan Paling Menggemparkan Negara

Mat Kilau: Pahlawan Terbilang Pahang



Mat Kilau bin Rasu




Hari Sabtu, 27hb Disember 1969, seluruh negara digemparkan apabila seorang lelaki tua berusia lebih seratus tahun yang menggunakan Mohammad bin Ibrahim, No kad pengenalan: 2044778, beralamat di Batu 5, Jalan Gambang Kuantan telah mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau bin Rasu, anak Orang Kaya Imam Indera Gajah Pahang, pahlawan paling terbilang yang terlibat dalam peperangan menentang Inggeris ( pada tahun 1892 hingga 1895).


Peristiwa yang amat mengejutkan ini berlaku selepas sembahyang Jumaat, 26hb Disember 1969, di mimbar Masjid Tua Pulau Tawar, dekat Jerantut kira-kira pukul 2.00 petang. Mat Kilau yang dipimpin oleh beberapa orang lelaki berdiri di atas mimbar dan membuatkan pengakuan " Bahawa sayalah Mat Kilau, anak Datuk Gajah Orang Besar Pulau Tawar".


Pengisytiharan ini disambut bagikan halilintar memecah bumi, sangat mengejutkan!. Barangkali terkejut dengan pendedahan luarbiasa ini ada jemaah yang hadir tergamam, bercampur gembira. Ramai yang menitiskan air mata. Mat Kilau di diserbu, dipeluk dan dicium tangannya dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran.


Berita di Masjid Tua Pulau Tawar itu bagaikan kliat memancar sampai ke pengetahuan rakyat Pahang dan keseluruh pelusuk tanah air dalam masa yang singkat sahaja. Sultan Pahang yang bertaktha di Istana Pekan, Sultan Abu Bakar Riayatuddin ( 1932-1975), segera memanggil Menteri Besar Pahang, Tan Sri Haji Yahya Muhammad Seh, supaya menjalankan siasatan.

Dengan sekelip mata, Pulau Tawar sebuah pekan kecil dalam daerah Jerantut muncul di peta dunia. Pemberita dan jurugambar dalam dan luar negara datang untuk mendapatkan berita lanjut berkaitan kemunculan Mat Kilau, pahlawan terbilang Pahang ini. Orang ramai dari pelusuk tanahair datang untuk melihat sendiri batang tubuh lelaki tua yang mengaku Mat Kilau ini.

Jawatankuasa Menyiasat kemunculan Mat Kilau telah ditubuhkan, atas perintah Sultan Pahang pada 08hb Januari 1970 dan dipengerusikan oleh Exco Kemajuan Negeri Pahang, Datuk Haji Abdul Aziz Ahmad. Jawatankuasa itu mengambil masa 7 bulan menjalankan pelbagai kajian, penelitian dan pelbagai penyiasatan meliputi segala aspek termasuk bertemu dengan orang tua yang masih hidup dan dipercayai sezaman dengan Pahlawan Pahang itu.

7 bulan kemudian, iaitu pada 06hb hb Ogos 1970, Jawatankuasa yang diketuai oleh oleh Menteri Besar Pahang ketika itu telah mengisytiharkan bahawa lelaki tua yang muncul di Masjid Pulau Tawar itu adalah benar-benar Mat Kilau, anak Imam Perang Gajah Pahang, Rasu bin Syarhum, Pahlawan Pahang terbilang menentang Inggeris di penghujung ke-19.

Buntut Embum yang terdapat di celah jari kaki kanannya tanda yang dapat dikenali oleh rakan-rakan lamanya sewaktu muda di Pulau Tawar, mengesahkan lagi bahawa itulah Mat Kilau, anak muda Pahang, anak Pembesar Pulau Tawar yang sanggup membuang masa mudanya dan meninggalkan ibu serta kampung halamanya menyahut seruan tanahair menentang campurtangan Inggeris di Pahang.

Bukti-bukti lain yang mengesahkan diri Mat Kilau ialah beliau dapat mengingat nama bapa, ibu adik beradik serta asal kampung halamannya dengan tepat. Diyakinkan lagi akan fizikalnya yang sederhana tinggi dan berkulit putih.

Mat Kilau dikhabarkan kebal. Beliau tidak lut senjata. Sebab itualh sewaktu pasukan Inggeris yang dipimpin oleh E. Wise, menyerang Budu, dekat Jerantut pada tahun 1891, Mat Kilau dapat menyelamatkan diri tanpa mengalami apa-apa kecederaan, biarpun baju yang dipakainya koyak rabak kesan tembakan berpuluh-puluh das mengenai dada Mat Kilau.

Di kalangan kawan-kawan lama yang mengenalinya di Pulau Tawar pada tahun 1880-an, Mat Kilau diakui memang seorang pemuda yang baik rupa parasnya. Selain itu, tahi lalat sebesar ibu jari di pipi kanannya, kesan tembakan peluru dan senjata tajam di perut membuktikan tidak ragu-ragu lagi beliaulah anak sulung Datuk Gajah dengan Teh Mehada binti Tok Kaut, yang dilahirkan di Kampung Kedondong, Pualu Tawar pada tahun 1866 (atau 1867) sewaktu bapanya Imam Rasu menjadi Penghulu di Pulau Tawar.