PULAU PINANG 9 Mac — Seorang bayi perempuan berumur empat bulan mati setelah dipercayai dicampak ke atas tilam di rumahnya di Sungai Ara, petang semalam. Bayi itu, yang dikatakan tidak berhenti menangis, menimbulkan kemarahan bapanya, seorang tukang paip yang berusia 35 tahun disyaki mencampakkannya ke atas tilam. Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Hatta Mohd Zain ketika dihubungi di sini berkata melihat keadaan anaknya yang tidak sedarkan diri itu, lelaki terbabit bersama isterinya, yang berusia 30 tahun, membawa bayi itu ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan kira-kira pukul 4 petang semalam. “Setelah menjalani pemeriksaan, doktor mengesahkan bayi itu telah meninggal dunia,” katanya.
Beliau berkata berdasarkan pemeriksaan doktor terdapat beberapa kesan lebam dan cedera di bahagian muka bayi itu, antaranya kesan lebam dipercayai akibat dicubit di kedua-dua belah pipi, kesan calar di telinga dan lebam di dahi.
Sehubungan itu, katanya, polis menahan reman bapa bayi itu selama enam hari mulai hari ini untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata hasil ujian air kencing yang dijalankan polis, lelaki itu didapati positif dadah jenis heroin. — Bernama
apalah dosa bayi tu?
BalasPadammana hilang perikemanusiaan?
sian baby tu... hu..hu..hu...
BalasPadamyg dpt anak buang!
yg nak anak tk dapat!
dugaan...!!!!
glew punya org, tak tahulah kenapa mudah di amik nyawa org skrg..adakah kerana hilang kewarasan atau sikap yg kebinatangan?
BalasPadamsesungguhnya makin byk kes seperti ini kedengaran dalam saat ekonomi begini dan nescaya utk beberapa hari media cetak mempamerkan isu2 begini..wallahulam
anak kene gigit nyamuk pun kita dah sibuk sapu ubat...ni kan pulak nak baling2..manusia jenis apala macamni..
BalasPadamsalam semua..
BalasPadambuat Pj, berita sedih ini x sepatutnya berlaku seandainya ibu bapa mengetahui tangggungjawab dan amanah allah swt yang besar pada anak-anak..
Fahmi.,
apalah salah dan dosa si anak dilakukan begitu..
Shitsurei shimashita
tak ada ayat yang dapat diluahkan betapa sedih dan pilunya membaca berita ini.
Buat Dila.,
betapa ramai yg di luar sana kahwin tapi masih belum dapat anak, namun begini jadinya..dunia akhir zaman!