sudilah kiranya sign dalam Guestbook saya..

Khamis, 19 Mac 2009

Saloma: BIDUANITA NEGARA PALING ULUNG..

Saloma dan suami tercinta: P.Ramlee



Saloma satu nama besar dalam bidang seni suara tanah air. Lebih daripada itu, pengiktirafan sebagai Biduanita Negara yang diberikan kepadanya sehingga kini belum dapat dicabar oleh mana-mana penyanyi.

Walaupun Saloma telah lama meninggalkan kita pada 25hb April 1983 dalam usia 48 tahun kerana penyakit kuning, namun suaranya tetap segar dan lagu-lagu nyanyian beliau tetap segar dan semua lagu-lagunya menjadi evergreen yang tidak pernah luput dari persada seni suara tanah air.

Jika Saloma masih hidup pasti beliau akan bersetuju bahawa lagu " Air Mata Di Kuala Lumpur" adalah lagu yang paling bererti dalam hidupnya. Ini adalah kerana kerana lagu itulah ciptaan P.Ramlee sebelum P.Ramlee meninggal dunia pada tahun 1973. Malah judul lagu itulah yang diimpikan P.Ramlee untuk dijadikan judul Filem yang akan diarahkannya. Namun apakan daya, hajat P.Ramlee tidak kesampaian kerana dijemput ilahi sebelum beliau sempat mengarahkan filem tersebut.

Kalau diamati betul-betul lagu "Air Mata Di Kuala Lumpur" itu dapat didengari esak dan tangis dan sebak Saloma ketika beliau merakamkan lagu itu. Jelaslah lagu yang dinyanyikan oleh Saloma beberapa tahun sebelum beliau meninggal dunia itu sebenarnya menceritakan duka hatinya setelah pemergian P.Ramlee, suami tercinta.

Menyingkap sejarah hidup saloma, semasa hayatnya dapat disimpulkan beliau sebenarnya anak seni sejati kerana mengabadikan dirinya semata-mata hanya untuk seni.

Saloma dilahirkan di Pasir Panjang, Singapura pada 22hb Januari 1935, ayahnya Ismail seorang pemandu teksi sementara ibunya Umi Kalsom Mahban hanya seorang suri rumahtangga, kakaknya Mariani ( nama sebenarnya Mariam) yang terlibat dalam bidang seni sebagai bintang filem.

Bakat Saloma telah berputik ketika beliau berusia 13 tahun lagi, waktu itu beliau masih bersekolah di Sekolah Melayu Kampung Gelam, Singapura. Saloma mula mengasah bakat seninya apabila berpeluang membuat persembahan bersama Kumpulan 'The Singapore Boy" di New World Cabret, nyanyian pertama beliau ialah " Seven Lovely Days".

Pada tahun 1954, dalam usia 19 tahun, Saloma ditawarkan merakamkan lagu dengan syarikat piring hitam HMV dengan lagu " Pandang Kasih" ciptaan En.Rahmat Ali telah menjulang nama saloma ke mercu kejayaan.

Beberapa Perkara Tentang Saloma yang jarang diketahui umum;-




  1. " orang tengok kita riang di atas pentas tapi.... hati ini, merana teringatkan P.Ramlee, my "loving husband". Suara hati Saloma kepada Datin Rafeah Buang pada tahun 1970-an mengenai arwah P.Ramlee.

  2. Merupakan penyanyi pertama dijemput ke Australia pada tahun 1959 untuk mengambil bahagian dalam pertunjukan TV " In Australia Tonight".

  3. " Yam, aku dah tak seronok lagi nak menyanyi kera dia telah tiada. nanti kalau aku meninggal, kebumikan aku di sebelah Ramlee ya.." kata-kata Saloma kepada kakaknya Mariani, beberapa tahun selepas kematian P.Ramlee.

  4. Sepanjang penglibatan dirinya dalam bidang seni, Saloma telah merakamkan lebih daripada 500 buah lagu meliputi semua lagu seperti irama Cha-cha, twist, jazz, serta lagu asli.