sudilah kiranya sign dalam Guestbook saya..

Khamis, 19 Mac 2009

Saloma: BIDUANITA NEGARA PALING ULUNG..

Saloma dan suami tercinta: P.Ramlee



Saloma satu nama besar dalam bidang seni suara tanah air. Lebih daripada itu, pengiktirafan sebagai Biduanita Negara yang diberikan kepadanya sehingga kini belum dapat dicabar oleh mana-mana penyanyi.

Walaupun Saloma telah lama meninggalkan kita pada 25hb April 1983 dalam usia 48 tahun kerana penyakit kuning, namun suaranya tetap segar dan lagu-lagu nyanyian beliau tetap segar dan semua lagu-lagunya menjadi evergreen yang tidak pernah luput dari persada seni suara tanah air.

Jika Saloma masih hidup pasti beliau akan bersetuju bahawa lagu " Air Mata Di Kuala Lumpur" adalah lagu yang paling bererti dalam hidupnya. Ini adalah kerana kerana lagu itulah ciptaan P.Ramlee sebelum P.Ramlee meninggal dunia pada tahun 1973. Malah judul lagu itulah yang diimpikan P.Ramlee untuk dijadikan judul Filem yang akan diarahkannya. Namun apakan daya, hajat P.Ramlee tidak kesampaian kerana dijemput ilahi sebelum beliau sempat mengarahkan filem tersebut.

Kalau diamati betul-betul lagu "Air Mata Di Kuala Lumpur" itu dapat didengari esak dan tangis dan sebak Saloma ketika beliau merakamkan lagu itu. Jelaslah lagu yang dinyanyikan oleh Saloma beberapa tahun sebelum beliau meninggal dunia itu sebenarnya menceritakan duka hatinya setelah pemergian P.Ramlee, suami tercinta.

Menyingkap sejarah hidup saloma, semasa hayatnya dapat disimpulkan beliau sebenarnya anak seni sejati kerana mengabadikan dirinya semata-mata hanya untuk seni.

Saloma dilahirkan di Pasir Panjang, Singapura pada 22hb Januari 1935, ayahnya Ismail seorang pemandu teksi sementara ibunya Umi Kalsom Mahban hanya seorang suri rumahtangga, kakaknya Mariani ( nama sebenarnya Mariam) yang terlibat dalam bidang seni sebagai bintang filem.

Bakat Saloma telah berputik ketika beliau berusia 13 tahun lagi, waktu itu beliau masih bersekolah di Sekolah Melayu Kampung Gelam, Singapura. Saloma mula mengasah bakat seninya apabila berpeluang membuat persembahan bersama Kumpulan 'The Singapore Boy" di New World Cabret, nyanyian pertama beliau ialah " Seven Lovely Days".

Pada tahun 1954, dalam usia 19 tahun, Saloma ditawarkan merakamkan lagu dengan syarikat piring hitam HMV dengan lagu " Pandang Kasih" ciptaan En.Rahmat Ali telah menjulang nama saloma ke mercu kejayaan.

Beberapa Perkara Tentang Saloma yang jarang diketahui umum;-




  1. " orang tengok kita riang di atas pentas tapi.... hati ini, merana teringatkan P.Ramlee, my "loving husband". Suara hati Saloma kepada Datin Rafeah Buang pada tahun 1970-an mengenai arwah P.Ramlee.

  2. Merupakan penyanyi pertama dijemput ke Australia pada tahun 1959 untuk mengambil bahagian dalam pertunjukan TV " In Australia Tonight".

  3. " Yam, aku dah tak seronok lagi nak menyanyi kera dia telah tiada. nanti kalau aku meninggal, kebumikan aku di sebelah Ramlee ya.." kata-kata Saloma kepada kakaknya Mariani, beberapa tahun selepas kematian P.Ramlee.

  4. Sepanjang penglibatan dirinya dalam bidang seni, Saloma telah merakamkan lebih daripada 500 buah lagu meliputi semua lagu seperti irama Cha-cha, twist, jazz, serta lagu asli.

18 ulasan:

  1. Al-Fatihah utk mereka, sememangnya mereka tiada pengganti~ Lagenda

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nice Info...!!

      -------------------------------------------\
      http://videodol.blogpot.com
      -------------------------------------------\


      Padam
  2. salam...Shitsurei shimashita

    terima kasih memberi ulasn dalam blog saya ni..

    BalasPadam
  3. ternyata pemergian P Ramlee memberikan impak besar dalam hidupnya..itulah kasih sebenar seorang isteri..

    BalasPadam
  4. satu post yg jarang anak muda mcm sy nak amek tau. neway,thanks ziarah blog sy n be one of the follower.=)

    BalasPadam
  5. terima kasih juga buat my.nurul.hayati..

    BalasPadam
  6. sirNik, bagus juga info ni. Walaupun kdgkala kita minat kepada seseorang biduanita seperti Saloma ni tapi kita jarang tahu atau tak pernah nak ambil tahu tentang beliau secara mendalam. tahniah sirNik kerana memberi info sebegini yang shelly rasa berguna buat orang seperti shelly (kekurangan ilmu).

    BalasPadam
  7. salam...shelly.. terima kasih sudi melawat blog saya..

    BalasPadam
  8. Malaysia ternyata memeiliki banyak biduan legendaris seperti Saloma.

    Salam hangat Sir...

    BalasPadam
  9. terima kasih Lis Indra..

    BalasPadam
  10. saloma saniwati negara tiada yang boleh ganti tempat beliau...

    BalasPadam
  11. FATEEN ZINNIRAH1 Mei 2011 1:25 PG

    SENIWATI YG TIADA BNDINGANYA
    AL FATIHAH

    BalasPadam
  12. syakilla wasilla1 Mei 2011 1:29 PG

    al fatihah buat SALOMA dan P RAMLEE
    al fatihah

    BalasPadam
  13. Lisa Surihani1 Mei 2011 10:27 PG

    TAKZIAH kpd sluruh kluarganya..kpd sirnik,thniah because make this blog about Saloma..

    BalasPadam
  14. JuViaN aLdRoNso ViCKhaM29 Mei 2011 9:02 PTG

    i dont know how to say for the one who is make this blog..morever,conguratulation..i'm so proud of SALOMA and P RAMLEE.

    BalasPadam
  15. moga ALLAH menempatkan mereka bersama-sama mereka yang beriman..... AMIN

    BalasPadam
  16. alfatihah.............beribu ribu bintang dilangit, bagiku hanya Almarhumah SALOMA saja lah bintang dihatiku.Theres only ONE SALOMA in this world. Dialah Diva Malaysia.

    BalasPadam
  17. Sebenarnye kebanyakkan lagu2 saloma menjadi perantare yg menceritakan rahsia hatinye kepade masyarakat, masyarakat yg hidup sezaman dengannye mahupun yg sesudah itu dapat merasai suka duka riang tawa duka lara nya melalui lagu2nya, sebab itu beliau sangat dekat dihati masyarakat. itu keistimawaan yg jarang ade pade artis2 sekarang

    ttg penantian cintanya
    "ku hanya pandang dari jauh sambil hati mengeloh, terpengaruh oleh asmara sedang bergelora"

    "Oh sedih rasa hati ku dan gelisah rasa jiwa ku berderau darah sanubari ku menanti balas senyuman mu"

    "aku merasa malu kerna ku wanita, walaupun ku cinta ku pendam saja"

    ttg rasa kehilangannye
    "kenangan ku adalah kenangan masyarakat, seniman seniwati dan para sahabat"

    "dahulu kita bersama sahabat handai semua berbudi dan bijaksana yg tersangat mulia, tetapi kini kau pergi tinggalkan anak dan isteri meratap hiba keciwa hilang bahagia"

    "sekarang segala kenangan terbayang menjadi impian, semakin hendak ku lupakan semakin mendalam hayalan"

    ttg die sbg ikon feysen
    "pandanglah lihat lah pingang ku yg ramping &dada ku yg bidang" huhu

    dan banyak lagi

    tapi mungkin sebab darah masih muda lagu yg paling saye minati ielah lagu tunggu sekejap.

    waktu Sudirman mencipta lagu Mama untuknya Saloma mengatakan P.Ramlee x mencipta lagu khusus ttg dirinya sebab die adalah milik P.Ramlee tapi Saloma dalam 1 temubual pernah mengatakan yg P.Ramlee menghadiahkan sebuah lagu yg dicipta istimewa untuk dirinya sebagah hadiah cinta darinya (lagu tunggu sekejap) tapi ie ditolak mentah2 oleh syarikat rakaman kerana dikatakan slow sgt & x leh di jual
    agar lagu itu x luput begitu saja P.Ramlee memasukkan lagu itu dalam filem nya Sarjan Hassan & Saloma dipilih untuk menyanyikannya

    BalasPadam