Sejarah banjir paling besar pernah melanda negara kita berlaku pada bulan Januari 1971 sehingga kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat setelah hampir seluruh negara ditenggelami oleh air, akibat hujan lebat yang turun tidak henti-henti selama hampir 1 minggu
Perdana Menteri Malaysia, Tun Abd.Razak telah memanggil sidang kabinet tergempar setelah mendapati laporan banjir mula melanda seluruh tempat di Malaysia. Dalam Mesyuarat kabinet telah memutuskan untuk mengisytiharkan darurat banjir di seluruh negara berkuatkuasa bermula 5hb Januari 1971. Serentak dengan itu juga dua buah jawatankuasa kabinet bantuan dan pemulihan banjir di mana Perdana Menteri sendiri menjadi pengerusinya.
Sebuah lagi jawatankuasa untuk menaksir kerosakan dan mengarahkan lengkah-langkah pemulihan ekonomi dan sosial. Kuala Lumpur merupakan tempat yang paling teruk dilanda banjir di mana hampir 60% kawasannya ditenggelami air sehingga dapat dilihat di ibu kota Kuala Lumpur bagaikan berada di tengah lautan.
Walaupun banjir pernah berlaku sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1926 yang dipanggil "Bah Besar" dan sekali lagi melanda dalam tahun 1946, tetapi banjir yang melanda negara pada tahun 1971 ini adalah terbesar dan terburuk dalam sejarah negara.
Banjir yang melanda pada tahun 1971 ini surut dalam masa seminggu kemudian dengan mengorbankan 24 orang dan kerugian harta benda dianggarkan melebihi RM 84.7 juta. Banjir ini turut meninggalkan kesan kesan kerosakan yang paling teruk, ramai kehilangan tempat tinggal dan harta benda. Ramai yang terpaksa tinggal sehelai sepinggang, setelah semua harta benda dihanyutkan oleh banjir.
Peristiwa Banjir Besar 1971 yang tidak diketahui umum:-
1. Beratus-ratus kereta dan lori tersadai selama 3 hari apabila jambatan dekat Maran runtuh.Feri terpaksa digunakan untuk membawa kenderaan tersebut menyeberangi sungai.
2. Sultan Abu Bakar (Sultan Pahang) hampir mati lemas apabila bot yang baginda bersama rombongannya untuk meninjau keadaan banjir telah dinaiki air di Sungai Pahang dekat daerah Pekan. Bagaimanapun Baginda dan rombongannya terselamat apabila dua buah bot nelayan muncul dan memberi bantuan. Speed bot baginda yang berharga RM 60,000 itu karam pada pukul 10.30 pagi.
3. Hamzah bin Haji Salleh ( berusia 23 tahun) dari Kampung Pasir Baru, Petaling Bahagia, muncul sebagai "hero banjir" kerana berjaya menyelamatkan 20 orang yang terperangkap dalam banjir besar ini.Walaupun peristiwa ini telah lama berlalu, namun peristiwa ini tetap terpahat dalam lipatan sejarah sebagai banjir paling besar yang melanda negara kita..
Salam,
BalasPadamSewaktu banjir itu berlaku , saya melaluinya dimana waktu itu saya berusia 6 tahun, di Mentakab. Saya masih ingat rumah kami ditenggelami air hingga ke paras bumbung rumah dan hampir seminggu kami duduk di disebuah sekolah di atas bukit. Bapa saya seorang tentera , dan helikopter digunakan untuk menghantar bekalan makanan.
salam....terima kasih kerana memberi komen dalam blog saya..ya banjir tu masih diingati sampai kini terutama pada orang yang melalui pengalaman sendiri.
BalasPadamsalam, never know bout this...
BalasPadamcuma tau bah besar 1920an tu je
erm...
kalau la lg ramai leh kongsi pengalaman...
best tu
biar org² muda cam pj ni tau...
hehe
semoga bencana sebegini rupa dijauhi dan tidak menimpa kita lagi.
BalasPadamKesiannya tengok gambar korban banjir 71 tu...saya memang tak sempat ...belum lahir lagi masa tu...
BalasPadamTentu kehidupan masa tu susah sangat,...apatah lagi untuk mengembalikan ke kehidupan yg asal...
masa banjir besar KL, umah saya tak kena banjit walau tepi parit besar. Ini semua kerana da kawasan tadahan air hujan dpn rumah.
BalasPadamto skrg dah lain, pakai tembok lg tuk halaing air masuk.
salam..Pj..saya selalu mahu berkongsi apa saja yang saya tahu..moga dapat sedikit pengetahuan..terima kasih membaca dan memberi ulasan..
BalasPadamsalam..Eyna's
BalasPadampertama saya ingin ucap terima kasih kerana sudi melawat blog saya yg tak seberapanya ni..
jua terima kasih kerana sudi memberi ulasan dalam blog saya ini.. kesan banjir amat dahsyat.namun apa nak buat..takdir tuhan redha sajalah..
salam..Shitsurei shimashita
BalasPadamsyukur alhamdulillah..kerana tidak mengalami musibah banjir itu..apapun terima kasih kerana sudi melawat dan memberi ulasan dalam blog saya ini.
sy nk dtial genani bjr di mlysia.
BalasPadamsejarah mla brlkuny bjr di mlysia
Salam SirNik,
BalasPadamMaklumat berikut ini mungkin bukan spekulasi kerana kalau mengikut sejarah, banjir besar berlaku setiap 40 tahun sekali. Ada 2 gelombang iaitu pada tahun 1888, 1826, 1967 dan 2006-07 (Gelombang pertama) serta pada tahun 1931 dan 1971 (Gelombang kedua)-Rujuk artikel dalam Berita Harian oleh Prof. Khoo Kay Kim, tarikhnya saya tak pasti... tapi lebih kurang semasa / selepas berlaku banjir besar di Johor pada 2006-07 dulu).
Jadi.... apakah banjir besar ini akan terus mengikut kitaran semulajadinya? kalau ia ikut tempoh masa yang sama... banjir besar seterusnya adalah pada tahun 2011!!! (atau hujung 2010 dan awal 2011!!) Tinggal berapa bulan lagi? Adakah kita telah bersedia. Jika kadar hujan dan panjang masanya sama seperti awal tahun 1971, pasti kesannya lebih parah lagi kerana kepesatan pembangunan yang tak terkawal menyebabkan kawasan tadahan air telah dibangunkan, hutan dibersihkan, bukit dipotong dan sebagainya. Semua kawasan lembangan sungai adalah kawasan lembah banjir yang pasti akan ditenggelami air.
Mungkin agensi berkaitan oleh buat rujukan daripada imej satelit (Google Earth dll) untuk meramal kadar liputan kawasan limpahan banjir tersebut supaya orang awam boleh bersedia. Contohnya boleh diwujudkan zon merah, jingga, kuning dan lain-lain untuk kawasan - kawasan berisiko tersebut. Sekurang-kurangnya orang awam boleh bersiap-sedia menyelamatkan harta benda terlebih dahulu.
Jadi, sama-samalah kita bersedia secara fizikal dan mentalnya, jasmani dan rohaninya. Semoga Allah melindungi kita.
SUMBER - ARKIB UTUSAN MALAYSIA ONLINE 15/1/2007.
BalasPadamMengimbau ‘Bah Besar’ 1926, 1971
Oleh NIZAM YATIM
KUALA LUMPUR 14 Jan. – Banjir gelombang kedua yang melanda Johor sekarang mengingatkan kita kembali kepada siri kejadian banjir besar yang berlaku di Malaysia sebelum ini termasuk bencana terburuk yang digelar ‘Bah Besar’ tahun 1926.
Profesor Emeritus Sejarah Universiti Malaya (UM), Datuk Dr. Khoo Kay Kim berkata, kejadian banjir besar pada tahun itu dianggap paling buruk kerana ia menyebabkan keseluruhan Kuala Lumpur tenggelam.
Katanya, pada tahun itu banjir turut melanda negeri-negeri lain termasuk Kelantan, Terengganu dan Perak yang menyebabkan kemusnahan kediaman, jalan raya dan tanaman.
Banjir 1926 turut meranapkan Istana Sri Sayong yang terletak di tebing Sungai Perak sehingga terpaksa diganti baru dengan Istana Iskandariah.
Bagaimanapun, kata beliau, tidak banyak rekod diperoleh mengenai bencana tersebut kerana ketika itu Tanah Melayu diperintah oleh British.
‘‘Banjir kedua terburuk berlaku pada 1971 setelah hampir 50 peratus kawasan Kuala Lumpur ditenggelami air.
“Beberapa negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak juga mengalami banjir besar berikutan hujan lebat yang turun tanpa henti selama seminggu,” kata Kay Kim kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Banjir yang berlaku sepanjang bulan Januari 1971 itu menyebabkan Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein terpaksa mengisytiharkan darurat dan menubuhkan dua jawatankuasa Kabinet yang berperanan memberi bantuan dan melaksanakan pemulihan banjir.
Negeri paling teruk dilanda banjir itu ialah Pahang terutama di daerah Pekan, kawasan Parlimen diwakili Tun Razak.
Banjir hanya surut seminggu kemudian selepas mengorbankan sebanyak 57 orang dan menyebabkan kerugian harga benda kira-kira RM84.7 juta.
Kejadian banjir besar lain yang direkodkan di seluruh Malaysia ialah pada tahun 1931, 1947, 1954, 1957, 1967 dan 1971 manakala banjir yang hanya melibatkan negeri-negeri tertentu pula terjadi pada 1973, 1979, 1983 dan 2004.
Bencana banjir juga dilaporkan berlaku pada 1886. Rekod Inggeris mencatatkan banjir itu disertai tiupan angin kencang menyebabkan banyak kemusnahan harta benda dan nyawa di Kelantan.
Menurut Kay Kim, banjir pada 1926 dan 1971 berlaku kerana kelemahan infrastruktur saliran yang tidak mampu menampung hujan dalam kuantiti banyak.
“Ia terbukti kemudian apabila kerajaan selepas itu mengambil langkah segera memperluaskan longkang, sungai, empangan dan tali air,” katanya.
Selepas banjir 1971, kerajaan juga menubuhkan Suruhanjaya Tetap Kawalan Banjir, mewujudkan pelan induk saliran untuk bandar-bandar utama dan memperkenalkan sistem amaran banjir.
Sementara itu, Pengarah Pusat Kajian Hal Ehwal Iklim Universiti Malaya, Profesor Dr. Khairulmaini Osman Salleh ketika dihubungi bersetuju dengan Kay Kim bahawa ketiadaan infrastruktur saliran sempurna menyebabkan banjir.
Beliau berkata, sistem saliran yang direka tidak mengambil kira faktor cuaca luar biasa yang mungkin berlaku berpunca daripada pemanasan global.
‘‘Saya harap mereka yang terlibat dalam perancangan bandar akan belajar daripada sejarah dan mengambil kira faktor peningkatan kepadatan penduduk berikutan pertumbuhan kawasan perumahan dan industri,” katanya.
Menurutnya, faktor-faktor lain yang menyebabkan banjir ialah kawasan takungan air seperti paya yang ditimbus untuk pembangunan, pembinaan jambatan terlalu kecil dan rendah sehingga menyebabkan sampah tersekat, air pasang yang menghalang banjir mengalir ke laut dan sungai yang terlalu cetek.
SUMBER - ARKIB UTUSAN MALAYSIA ONLINE
Tulisan ini adalah Hakcipta karya Tuan Hamzah Mohamed (Berita Minggu 9/10/1975).
BalasPadamDipetik drpd laman web - http://www.angelfire.com/journal2/fakir_zamani/banjir.htm
BANJIR
Kejadian banjir setiap tahun adalah perkara biasa kerana ia sudah menjadi peristiwa tahunan, tetapi jika berlaku banjir besar seperti yang telah berlaku dalam tahun 1970 dan 1971 lalu, itu adalah satu soal lain pula. Tetapi pengalaman banjir besar tahun 1970 dan 1971 (kira-kira 40 tahun selepas Bah Besar 1926), orang begitu takut sekali bila menghadapi musim tengkujuh.
Beberapa buah negeri telah mula bersiap-siap bagi menghadapi banjir tahun ini. Begitu juga beberapa alat pengesan banjir telah dipasang di negara kita untuk memberi amaran dan maklumat kepada orang ramai jika berlakunya banjir.
Daripada pengalaman saya sendiri, dalam banjir tahun 1970 dan awal tahun 1971, serta pemerhatian saya selepas itu dalam tahun 1972, 1973 dan 1974, saya merasakan bahawa beberapa petua atau tanda-tanda itu boleh dijadikan panduan tentang kedatangan banjir. Petua atau tanda yang pertama yang telah diberitahu kepada saya ialah dengan memerhatikan kegiatan semut di rumah-rumah kita. Menurut tanda ini --lama sebelum banjir besar itu berlaku --semut-semut yang biasanya hidup dan bersarang di tanah atau pun di daam tanah akan keluar dengan banyaknya beramai-ramai memanjat tiang dan dinding rumah kita. Semut itu akan terus naik ke atas dan menuju pokok-pokok yang berhampiran rumah kita. Semut ini ialah dari jenis semut hitam, akan berbuat begitu sampai berbulan-bulan lamanya dengan tiada putusnya berpindah sambil membawa telur dan makanan mereka. Peristiwa ini telah saya alami sendiri, tetapi waktu itu saya belum lagi mengetahui apakah alamatnya.
Setelah banjir 1970 kemudian diikuti oleh banjir 1971 yang kecil sedikit, peristiwa semut pindah itu berulang lagi. Dalam banjir tahun 1971, semut-semut itu hanya memanjat dan membuat sarang di dalam laci-laci meja dan almari. Rupanya banjir tahun itu hanya mencecah lantai sahaja. Menurut kajian sains semut adalah sejenis serangga yang amat sensitif terhadap perubahan yang berlaku disekitarnya. Jadi, tidak hairanlah jika semut-semut itu telah dapat mencium 'kehadiran' air yang berlebihan di sekitar sarangnya di dalam tanah itu menyebabkan mereka berpindah semuanya sebelum banjir berlaku.
Petua atau tanda kedua yang juga telah saya perhatikan ialah dengan melihat bintang Belantik. Menurut seorang tua yang tinggal di Kampung Tanjung Belengu, Temerloh, Encik Yusuf, berumur lebih kurang 70 tahun berkata, jika banjir akan berlaku kedudukan bintang Belantik ini akan kelihatan tersangat rendah di ufuk hampir dengan kaki langit. Jika kedudukan bintang ini tinggi, insyaAllah, banjir besar tidak akan berlaku dalam tahun itu. Daripada pengalaman saya selepas itu, tanda tersebut adalah benar setakat ini.
Petua atau tanda ketiga ialah ketika kejadian banjir itu sudah terlalu hampir. Tandanya ialah apabila kedengaran suatu bunyi seperti letupan yang kuat yang menggegarkan yang dipanggil "Kepala Air'. Bunyi ini menandakan kepala air telah pecah dan banjir besar sudah pasti berlaku. Dari apa yang saya alami dalam banjir tahun 1970, memang ada kedengaran bunyi apa yang dinamakan "Kepala Air " itu.
Tanda-tanda yang saya sebutkan di atas itu adalah antara beberapa tanda mengikut kepercayaan orang tua-tua. Mungkin ada banyak lagi tanda seumpama itu. Sebagai petua atau tanda-tanda, tidaklah saya mendakwa bahawa semuanya yang tersebut itu seratus-peratus benar dan boleh dipercayai, tetapi sekurang-kurangnya ia boleh menjadi panduan kepada kita semua ketika menghadapi musim tengkujuh yang akan datang ini.
(Artikel ini terbit dalam akhbar Berita Minggu, Ahad, 5 Oktober 1975 (29 Ramadhan, 1395; adalah artikel pertama saya) - Hamzah Mohamed.
http://www.angelfire.com/journal2/fakir_zamani/banjir.htm
Hakcipta Tuan Hamzah Mohamed.
Artikel ini hakcipta Tuan Hamzah Mohamed
BalasPadamArtikel ini terbit dalam akhbar Berita Minggu, Ahad, 5 Oktober 1975.
B a n j i r
Kejadian banjir setiap tahun adalah perkara biasa kerana ia sudah menjadi peristiwa tahunan, tetapi jika berlaku banjir besar seperti yang telah berlaku dalam tahun 1970 dan 1971 lalu, itu adalah satu soal lain pula. Tetapi pengalaman banjir besar tahun 1970 dan 1971 (kira-kira 40 tahun selepas Bah Besar 1926), orang begitu takut sekali bila menghadapi musim tengkujuh.
Daripada pengalaman saya sendiri, dalam banjir tahun 1970 dan awal tahun 1971, serta pemerhatian saya selepas itu dalam tahun 1972, 1973 dan 1974, saya merasakan bahawa beberapa petua atau tanda-tanda itu boleh dijadikan panduan tentang kedatangan banjir. Petua atau tanda yang pertama yang telah diberitahu kepada saya ialah dengan memerhatikan kegiatan semut di rumah-rumah kita. Menurut tanda ini --lama sebelum banjir besar itu berlaku --semut-semut yang biasanya hidup dan bersarang di tanah atau pun di daam tanah akan keluar dengan banyaknya beramai-ramai memanjat tiang dan dinding rumah kita. Semut itu akan terus naik ke atas dan menuju pokok-pokok yang berhampiran rumah kita. Semut ini ialah dari jenis semut hitam, akan berbuat begitu sampai berbulan-bulan lamanya dengan tiada putusnya berpindah sambil membawa telur dan makanan mereka. Peristiwa ini telah saya alami sendiri, tetapi waktu itu saya belum lagi mengetahui apakah alamatnya.
Setelah banjir 1970 kemudian diikuti oleh banjir 1971 yang kecil sedikit, peristiwa semut pindah itu berulang lagi. Dalam banjir tahun 1971, semut-semut itu hanya memanjat dan membuat sarang di dalam laci-laci meja dan almari. Rupanya banjir tahun itu hanya mencecah lantai sahaja. Menurut kajian sains semut adalah sejenis serangga yang amat sensitif terhadap perubahan yang berlaku disekitarnya. Jadi, tidak hairanlah jika semut-semut itu telah dapat mencium 'kehadiran' air yang berlebihan di sekitar sarangnya di dalam tanah itu menyebabkan mereka berpindah semuanya sebelum banjir berlaku.
Petua atau tanda kedua yang juga telah saya perhatikan ialah dengan melihat bintang Belantik. Menurut seorang tua yang tinggal di Kampung Tanjung Belengu, Temerloh, Encik Yusuf, berumur lebih kurang 70 tahun berkata, jika banjir akan berlaku kedudukan bintang Belantik ini akan kelihatan tersangat rendah di ufuk hampir dengan kaki langit. Jika kedudukan bintang ini tinggi, insyaAllah, banjir besar tidak akan berlaku dalam tahun itu. Daripada pengalaman saya selepas itu, tanda tersebut adalah benar setakat ini.
Sila baca artikel penuh di - http://www.angelfire.com/journal2/fakir_zamani/banjir.htm
Artikel ini terbit dalam akhbar Berita Minggu, Ahad, 5 Oktober 1975.
BalasPadamHakcipta Tuan Hamzah Mohamed
Daripada pengalaman saya sendiri, dalam banjir tahun 1970 dan awal tahun 1971, serta pemerhatian saya selepas itu dalam tahun 1972, 1973 dan 1974, saya merasakan bahawa beberapa petua atau tanda-tanda itu boleh dijadikan panduan tentang kedatangan banjir. Petua atau tanda yang pertama yang telah diberitahu kepada saya ialah dengan memerhatikan kegiatan semut di rumah-rumah kita. Menurut tanda ini --lama sebelum banjir besar itu berlaku --semut-semut yang biasanya hidup dan bersarang di tanah atau pun di daam tanah akan keluar dengan banyaknya beramai-ramai memanjat tiang dan dinding rumah kita. Semut itu akan terus naik ke atas dan menuju pokok-pokok yang berhampiran rumah kita. Semut ini ialah dari jenis semut hitam, akan berbuat begitu sampai berbulan-bulan lamanya dengan tiada putusnya berpindah sambil membawa telur dan makanan mereka. Peristiwa ini telah saya alami sendiri, tetapi waktu itu saya belum lagi mengetahui apakah alamatnya.
Setelah banjir 1970 kemudian diikuti oleh banjir 1971 yang kecil sedikit, peristiwa semut pindah itu berulang lagi. Dalam banjir tahun 1971, semut-semut itu hanya memanjat dan membuat sarang di dalam laci-laci meja dan almari. Rupanya banjir tahun itu hanya mencecah lantai sahaja. Menurut kajian sains semut adalah sejenis serangga yang amat sensitif terhadap perubahan yang berlaku disekitarnya. Jadi, tidak hairanlah jika semut-semut itu telah dapat mencium 'kehadiran' air yang berlebihan di sekitar sarangnya di dalam tanah itu menyebabkan mereka berpindah semuanya sebelum banjir berlaku.
Artikel penuh di - http://www.angelfire.com/journal2/fakir_zamani/banjir.htm
Maaf, Internet Error sampai post 3 kali. Harap dapat didelete yang tak berkenaan.
BalasPadamAslkm sekelian, 4 yr info. KL will experience Banjir Besar Hujan Terlebat dlm sejarah Nusantara ini dgn fenomena cuaca kian uzur disebabkan prbuatan kita juga maka "Siapkn Payung Sebelum Hujan" between 2011-2012 bakal brlaku selepas Pakistan dn China juga rantau Asean-Asia Timur lain. Blog'KEMEGA'. After that Awan mega-mega kemerahan kemurkaan dan kemarahanNYA. Salam99
BalasPadamowhhh..mintak simpang la..bab tande 2 kt rumah sy nih mcm tande2 sblm blku bah 1971 jew..ngn perpindahan semut hitam besar2ran naik ke bumbg rumah sy smlmmm..menurut sumber..si p0lan nih pnh nmpk bendew mcm nih sblm bah besar tuh..hurmm..sy duk kl.pantai dalam..adakah kejadian banjir besar itu pernah berlaku di kwasan pantai dalam ms 1970???TOLONG LA..MINTAK SIMPANGG
BalasPadamwahhhh.. banjir yang bersejarah
BalasPadamTahun 1971 tu saya belum lahir lg cuma org² tua dulu selalu cakap waktu banjir besar tu berlaku, Naga dari tasik chini telah keluar...sebab tu air melimpah sampai naik ke tebing....padahal itu adalah mitos.....Wallahualam..
BalasPadamSalam Tuan,
BalasPadamMohon menggunakan info Tuan.
Sila Like page kami di www.facebook.com/TandaPutera. Sebuah filem yang turut memaparkan tragedi banjir 1971.
Terima kasih.
banjir besar 1970/1971 kami di kampong pandan tidak terlibat dengan bajir... banjir besar di pusat bandar kuala lumpur...
BalasPadamSalam,banjir 2014 ni nmpk lain mcm.. moga2 apa yg trjadi pada 1971 tdk akan berulang,sama2 kita doakan...
BalasPadambanjir 2014 antara yang terbesar dalam sejarah. kesian mereka di kelantan, terengganu, pahang.. kini beberapa negeri mula menerima tempias..
BalasPadamklu ikut kitaran waktu dah ngam dah tu...semoga kita semua selamat dlm peliharaan Allah swt...
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamketika itu umur 12 tahun di kampong Bharu terpaksa naik sampan jam 12 malam apabila air dah naik 6 kaki dengan pakaian sehelai sepigang jer
BalasPadam