sudilah kiranya sign dalam Guestbook saya..

Ahad, 1 Mac 2009

Filem Raja Bersiong: Filem Pertama Menggunakan Battalion Tentera



Filem ini tidak berapa berjaya sewaktu ditayangkan di panggung-panggung wayang di seluruh negara pada tahun 1967. Tetapi Filem Raja Bersiong mencatat beberapa sejarah yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana filem tempatan setakat ini.


Ia merupakan filem yang pertama yang skripnya ditulis oleh pembesar negara yang bergelar Perdana Menteri iaitu YAB Tunku Abd.Rahman Putra Al-Hajj. Ia merupakan filem pertama yang ceritanya diambil dari sebuah kisah legenda yang sangat luar biasa.


Filem Raja Bersiong juga merupakan filem Melayu yang julung-julung kali menggunakan pelakon luar, iaitu penari kebudayaan Diraja Thailand. Dan apa yang paling menarik sekali ialah, filem ini mencatat sejarah di mana satu battalion Pasukan Askar Melayu yang dipimpin oleh Brigadier Jen.Dato' Syed Mohammad Al- Saggoff telah mengambil bahagian sebagai pelakon tambahan menjayakan filem ini.


Beratus-ratus Askar Melayu itu diambil memegang watak sebagai askar-askar Siam yang berperang dengan orang-orang Kedah. Filem Raja Bersiong yang dibuat dalam bentuk warna ini ( Filem kedua selepas Filem Hang Tuah, 1955) diterbitkan oleh Malay Film Producations, milik Shaw Brothers di Singapura.


Sebahagian besar penggambaran filem ini dibuat di sekitar studio, kawasan hutan dan bukit-bukit di sekitar Negeri Kedah. Filem ini dikatakan filem sejarah yang dikatakan benar-benar belaku di negeri Kedah pada abad yang ke-17 dan menelan belanja yang agak besar. iaitu RM 2 juta, yang pertama terbesar dalam sejarah penerbitan filem pada masa itu.



Di sebalik Penggambaran Filem Raja Bersiong:-



  • Filem Raja Bersiong menggunakan khidmat 3 orang pakar teknik dari Jepun, yang terdiri dari Yamazaki, seorang pengarah terkenal. Arano- seorang jurukemera terkenal dan berpengalaman dan Khi- seorang juru cahaya.

  • Skrip filem ini mengambil masa yang panjang kerana kesibukan PM

  • Walaupun Jamil Sulong sebagai Pengarah Rasmi Filem ini, namun Yamazaki dari Jepun terlibat secara langsung, kecuali babak yang melibatkan adat orang Melayu diarahkan oleh Jamil Sulong.

  • Penggambaran hari pertama dibuat di dalam studio, MFP berupa sebuah set Istana Ialkha yang luas dan hebat.

  • Sebuah kota dibina di Pasir Panjang yang menggunakan khidmat anggota tentera Malaysia.

  • Filem ini mengambil masa 4 bulan untuk disiapkan. iaitu 3 kali ganda lamanya masa yang diambil berbanding filem-filem lain yang pernah dikeluarkan oleh MFP pada masa itu..

6 ulasan:

  1. erm
    macam nasib PGL je
    satu kerugian...

    BalasPadam
  2. salam...PJ

    mcm tulah..apa nak buek ann..

    BalasPadam
  3. saya da tonton filem ni, even rugi ada satu paradigma yang sukar kita kikis dari rakyat kita terutamanya Melayu- cerita sejarah.

    BalasPadam
  4. salam...Shitsurei shimashita mcm tulah kita orang melayu..

    saya hanya menulis apa yang menarik saja..

    BalasPadam
  5. fakta sejarah yang menarik. Setuju dengan shitsurei - bangsa kita nampaknya kurang mendalam minat terhadap sejarah walaupun sejarah yang berkait rapat dengan negara sendiri.

    Lihatlah betapa banyaknya tinggalan sejarah (spt bangunan lama, lokasi etc) dan artifak-artifak 'dimusnahkan' sedikit demi sedikit. Sungguh sedih melihat hal begini berlaku dinegara sendiri, sedangkan negara lain bertungkus lumus memelihara khazanah sejarah masing-masing.

    BalasPadam
  6. salam...DrSam..

    saya setuju dengan pendapat Drsam..terima kasih kerana sudi memberi respons..

    BalasPadam