sudilah kiranya sign dalam Guestbook saya..

Rabu, 18 Mac 2009

Penjara Pudu: Penjara Paling Ramai Menggantung Manusia..



Setakat tempoh 36 tahun ( 1960-1996), ia telah meragut seramai 180 nyawa manusia yang melakukan pelbagai kesalahan jenayah berat. Ini belum dikira dari semenjak Penjara Pudu pada tahun 1895, di mana beribu-ribu dipercayai mati di tali gantung kerana melakukan pelbagai kesalahan berat seperti membunuh, menculik dan mengedar dadah.


Dalam zaman Jepun dipercayai ramai tahanan-tahanan perang yang dijatuhkan hukuman di sini termasuklah orang-orang Cina yang menjadi tahanan perang. Kegerunannya dirasaikan oleh sesiapapun apabila ianya disebut-sebut dan diceritakan.


Begitulah badi yang ditinggalkan oleh bilik maut Penjara Pudu. Kalau hendak disingkap peristiwa yang terakam di dalam Penjara ini memang sangat banyak. Antaranya:-



  1. Kejadian Doktor Radzi bin Jaffar yang dijadikan tebusan pada 16hb Oktober 1986 adalah yang paling bersejarah. Punca kejadian, di klinik penjara apabila sekumpulan banduan yang diketuai oleh Jimmy Chua telah menahan dan menjadikan dua pegawai perubatan dari Hospital Besar yang membuat pemeriksaan sebagai tebusan. Bagaimanapun, kejadian yang menggemparkan negara malah di seluruh dunia itu berakhir pada pukul 5.40 pagi pada 22hb Oktober 1986, apabila Unit Tindakan Khas (UTK) yang diketuai oleh Datuk Zaman Khan menyerbu dan menyelamatkan tebusan tanpa pertumpahan darah

  2. Sementara itu 2 rakyat Australia, Brain Geoffrey Chamber, 28 tahun dan Kevin Barlow, 27 tahun, menjadi rakyat asing pertama dihukum gantung di penjara ini, iaitu pada subuh o7hb Julai 1986 kerana mengedar dadah di Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pulau Pinang dalam tahun 1983.

  3. Wong Swee Chin ( Botak Chin) merupakan pejenayah yang paling terkenal yang dihukum gantung di Penjara Pudu kerana kesalahan senjata api. Kes perbicaraan Botak Chin menarik perhatian ramai kerana beliau ( Botak Chin) dikatakan merompak dari orang kaya untuk dibahagi-bahagikan kepada rakyat yang miskin, ala- Robin Hood.

  4. Hau Tsui Ling, 30 tahun seorang pelayan kelab malam rakyat Hong Kong, menjadi wanita asing pertama dihukum gantung di Penjara Kajang kerana kesalahan mengedar dadah bersama 7 orang lelaki Hong Kong di Lapangan Terbang Bayan Lepas dalam tahun 1983. Belau digantung pada tahun 1989.

Menjadi hukum karma, setiap perbuatan yang baik pasti akan dibalas dengan baik, begitulah sebaliknya, Tulisan saya ini sekadar untuk perkongsian makumat sahaja, tidak lebih daripada itu..

13 ulasan:

  1. nice info...
    Kisah Botak Chin memang camtu ke?
    never know...
    sbb masa tu kecik lagi...

    BalasPadam
  2. kisah botak chin nih mmg glamer masa saya kecik dulu..siap main2 jadi botak chin lagi..padahal tak tau pun sapa itu botak chin..botak ker dia ni ek?

    BalasPadam
  3. salam...pj..
    terima kasih melawat blog saya..

    BalasPadam
  4. salam..dalila..terima kasih melawat blog saya..
    memang kisah botak chin paling terkenal dengan lwat tahun 80-an dulu

    BalasPadam
  5. wahhh ramai kena gantung pasal dadah yer... tq sir menarik info ni... banyak info la sir kan .. :)

    BalasPadam
  6. salam encik fahmi..

    mcm tu lah..dadah menjadi musuh negara no 1..
    tq kerana sudi melawat blog saya yg tak seberapa ini

    BalasPadam
  7. Cerita pasal pernjara Pudu ni...teringat masa pergi melawat penjara Pudu sekitar tahun 1998 tak silapnya.

    Tak dapat digambarkan...keadaan di sana bg saya amat menyeramkan...kami dibenarkan meronda persekitaran tanpa ditemani staf penjara pudu.

    Nak2 bila diorang letak patung manusia dlm sel/penjara...terkejut sakan kitorang dibuatnya. Real sungguh...

    Tempat yang paling menegakkan bulu roma..kawasan "sebat"...memang sepanjang berada area tu..bulu roma tak mau turun2...

    Sempat gak..masuk tgk demonstrasi upacara "menggantung pesalah" dengan iringan audio...sayu je ati masa tu...memang mampu menginsafkan....kalau dihayati sebenar2nya...

    BalasPadam
  8. terima kasih buat Eyna's.

    memberi ulasan paling panjang sejak saya mengenali dunia blog.. terima kasih sekali lagi..


    saya pun pernah bawa murid melawat penjara pudu dulu..memang sangat menakutkan..

    BalasPadam
  9. patutnya belia2 nibawa melawat ke penjara pudu..bagi depan sentap sikit..

    BalasPadam
  10. maksud pad anama botakchin ialah 'Bantu Orang Tak Ada Kerja"

    BalasPadam